@addien90

Ad-Dien

apa hukum isteri taat perintah suami dalam keadaan ni : si suami ni kerja jauh, dan isterinya duduk dgn ibu dia, suami ni suruh isterinya untuk pergi ke rumah suaminy, tp ibu isteri tu tak bagi. isteri ttp nak pergi, ibu isteri td ckp "kalau awk pergi awk ank drhaka sbb tak ikut arhn ibu" cane tu?

Apabila wanita telah berkahwin, maka ketaatannya kini kepada suami. Maksudnya disini, bila sudah berkahwin maka taat kepada suami didahulukan daripada taat kepada ibubapa selagi mana ia dalam hal yang ma'ruf (baik) dan bukan maksiat kepada Allah ta'ala.
Banyak hadith-hadith Nabi yang menyebut tentang besarnya perintah taat kepada suami. Untuk lebih lanjut boleh rujuk buku berkaitan nikah atau terus kepada kitab hadith berkaitan. Saya berikan beberapa dalil berkaitan:
Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda,
ู„ูŽุง ูŠูŽุญูู„ูู‘ ู„ูู„ู’ู…ูŽุฑู’ุฃูŽุฉู ุฃูŽู†ู’ ุชูŽุตููˆู…ูŽ ูˆูŽุฒูŽูˆู’ุฌูู‡ูŽุง ุดูŽุงู‡ูุฏูŒ ุฅูู„ูŽู‘ุง ุจูุฅูุฐู’ู†ูู‡ู ูˆูŽู„ูŽุง ุชูŽุฃู’ุฐูŽู†ูŽ ูููŠ ุจูŽูŠู’ุชูู‡ู ุฅูู„ูŽู‘ุง ุจูุฅูุฐู’ู†ูู‡ู ูˆูŽู…ูŽุง ุฃูŽู†ู’ููŽู‚ูŽุชู’ ู…ูู†ู’ ู†ูŽููŽู‚ูŽุฉู ุนูŽู†ู’ ุบูŽูŠู’ุฑู ุฃูŽู…ู’ุฑูู‡ู ููŽุฅูู†ูŽู‘ู‡ู ูŠูุคูŽุฏูŽู‘ู‰ ุฅูู„ูŽูŠู’ู‡ู ุดูŽุทู’ุฑูู‡ู
"Tidak boleh (haram) bagi wanita untuk berpuasa sementara suaminya ada di sisinya kecuali dengan izinnya. Istri juga tidak boleh memasukkan orang ke dalam rumahnya kecuali dengan izin suaminya. Dan harta yang ia nafkahkan bukan dengan perintahnya, maka setengah pahalanya diberikan untuk suaminya." (HR. Al-Bukhari)
hadith lain:
Sabda Rasulullah s.a.w
ู„ูˆ ูƒู†ุช ุขู…ุฑุง ุฃุญุฏุง ุฃู† ูŠุณุฌุฏ ู„ุฃุญุฏ ู„ุฃู…ุฑุช ุงู„ู†ุณุงุก ุฃู† ูŠุณุฌุฏู† ู„ุฃุฒูˆุงุฌู‡ู† ู„ู…ุง ุฌุนู„ ุงู„ู„ู‡ ู„ู‡ู… ุนู„ูŠู‡ู† ู…ู† ุงู„ุญู‚
Sekiranya aku boleh memerintahkan seseorang untuk bersujud kepada seseorang, niscaya aku perintahkan para wanita agar bersujud kepada suami-suami mereka, karena hak yang telah Allah berikan atas mereka." [Riwayat Abu Daud, Al-Tirmizi dan selain mereka.]
Allahua'lam.
Liked by: - thahfiz89
โค๏ธ Likes
show all
IskandarALfasyiโ€™s Profile Photo thahfiz89โ€™s Profile Photo

Latest answers from Ad-Dien

Saya harap ustaz dpt aktif lagi dlm ni stlh crash byk kali twitter ustaz, semoga Allah merahmati ustaz

InsyaAllah, saya cuba. โ˜บ

Ustaz, buku ustaz takde dijual di Popular, MPH atau bookstore lain ke? Kena beli online je eh?

Ade jual di mph, kinokuniya pun ade. Nal beli direct dengan karangkraf pun boleh. Pergi website karangkraf okay. โ˜บ

Lukisan cupcake purple tu comel sangat. Ustaz lukis ke?

Doodle kat ig tu? ha'ah saje lukis tengah boring โ˜บ

Ustaz nak cari pasangan yg mcm mana?

Saya pun tak tau. Saya pun tak layak untuk sesiapa. Diri sendiri banyak kurang serba serbi tak boleh nak jaga orang lain lagi. huhu ๐Ÿ˜”

Ustaz , jangan la sedih. Allah kan ada , saya takkan faham apa ustaz rasa tapi saya tahu ustaz kuat. Ustaz jangan la deactive, saya bersyukur sgt sbb jumpa ustaz sbb banyak benda yg saya dah lama nak jawapan , saya dapat jawapan dengan lengkap. Jadi saya boleh share dengan orang hehe. Kuat eh ustaz

Terima kasih.. Doakan saya okay โ˜บ

Language: English