@AtifaLiaa

The Queen

Ask @AtifaLiaa

Sort by:

LatestTop

Apakah yang akan anda lakukan sekiranya anda terasa bosan di dalam kelas sewaktu guru anda menyuruh anda membuat latihan yang diberi?

Anna Stasia
Maaf, saya tidak pernah berasa bosan menerima latihan daripada guru kerana latihan yg diberi merupakan salah satu cara berjihad ke jalan Allah dengan cara menuntut ilmu :)

Related users

Akak, Saya nak tanya. Apa hukum menconteng tangan?

Menconteng tangan dalam keadaan berikut:
1. Jika contengan itu membawa kpd kekufuran (cnthnya lukis gambar salib) = Haram
2. Jika contengan itu berupa tattoo = Haram (Islam melarang lukis tattoo)
3. Jika contengan itu kalis air dan air wudhu' tak bole melepasinya = Haram
Dan.
4. Jika DARURAT tidak ada kertas nak ditulis sedangkan ada hal emergency = Harus
Tapi wajib basuh balik contengan tu nanti bimbang wudhu' tak masuk.

Boleh tak kalau lepas azan subuh nak solat hajat dulu and then baru solat subuh. Boleh ke?

Tak boleh, kena utamakan yg wajib dulu sbb besar pahala solat di awal waktu dan solat wajib. If buat solat hajat dulu, dapat pahala solat sunat je then pahala solat wajib biasa..but if buat solat wajib dulu dapat pahala solat wajib besar and pahala solat sunat. Utamakan yg wajib dulu. Solat hajat is just sunat :)

Akak, saya ni nak sangat betul-betul berhijrah. Tapi setiap kali saya cuba, saya tak istiqomah dan akan terus balik pada perangai asal saya, walaupun takdelah teruk sangat, tapi saya nak jadi Muslimah yang diredhai Allah. Macam mana ya, akak ?

Cuba rajinkan diri bangun solat tahajjud, solat hajat, solat taubat and solat witr. Insya-Allah dipermudahkan urusan utk berhijrah. Solat tahajjud, taubat, hajat, witr ni semua penting. Tahajjud sebagai nur kepada diri kamu, hajat utk kamu memohon hajat from Allah, taubat utk kamu menyesal atas kesilapan, witr utk kamu tutup solat2 malam.
Insya-Allah perangai asal hilang nanti. Keep praying :)

salam , kak saya nak tanya ... macam mana ni masa saya darjah enam saya tak pakai tudung and saya bersekolah jenis cina ..jadi masa last day ada budak ambil video dan masuk youtube atas nama account dia ..macam mana tu ek ?

Wassalam ya 'alayki. Kalau boleh minta juga dia delete video tu sebab dah jadi tatapan umum dan lelaki ajnabi boleh nampak. If dia tak bole delete, tak bole buat apa dah melainkan bertaubat dan menyesal atas kesilapan itu.

Assalamualaikum.. Sy nak tanye, kalau anak perempuan keluar rumah tanpa memakai tudung, selangkah ayah kita menuju ke neraka. Betul ke??

Wa'alaikummussalaam. Tidak ada dalil/nas lagi yg ckp pasal ni tapi memang benar jika perempuan itu keluar rumah tanpa menutup aurat dan lelaki ajnabi pandang, dosa tak tutup aurat ayahnya tanggung. If perempuan yg dah kahwin, suami dia yg tanggung.

kalau kite nak pergi angkat pakaian yg dijemur di belakang rumah tanpa memakai tudung takpe ke?? Kalau org tak nampak??

If yakin orang tak nampak, terpulanglah. Kalau saya even orang tak nampak saya pakai. Dikhuatiri tiba2 ada orang datang. :)

i do mastubate before this and i manage do leave for a long time , but the problem is lately i do it again and i dont afraid of it(myb thats mean there are no more hidayah Allah in me) , do u think Allah will accept my taubat again ?

Allah Ya Ghaffar, Allah Ya Ghafur, Allah Ya Tawwab.
(Allah The Forgiving, Allah The Forgiver, Allah The Acceptor of Repentance).
Allah forgives ALL sins no matter how big are the sins :) If you repent with all of your heart and promise you won't repeat it again, then Allah will forgive you.
My advice...there's no point masturbating, it won't give you what you desire. Better stop it :)

kalau seseorang tu mimpikan ada banyak haiwan berbisa dalam rumah,maksudnya apa ye ? dan dia terbangun disebabkan haiwan tu nak menyerang .

Mimpi terbahagi kpd dua dalam Islam:-
1. Adghas al-Ahlaam (mimpi buruk)
2. Al-Ruya' al-Solehah (mimpi soleh)
Mimpi soleh hanya berlaku kepada mereka2 yg dipilih Allah yakni itu mimpi yg memberi petunjuk kepadanya.
Mimpi buruk yg tidak mendatangkan manfaat adalah mimpi daripada Syaitan.
Dan tentang samada mimpi yg kamu sebutkan itu mimpi petunjuk atau mimpi mainan Syaitan, itu Allahu a'lam

Akak, puasa ganti blh pada hari ape spe je kan?

Ya, tapi makruh berpuasa pada hari berikut:
-Jumaat sahaja
-Sabtu sahaja
If nak puasa pada hari Jumaat kena sertakan puasa sehari lagi selepas hari Jumaat baru tak makruh.
If nak puasa pada hari Sabtu kena sertakan puasa sehari lagi selepas hari Sabtu baru tak makruh..

Akak .. If .. kita ada abang angkat .. Tapi kita perempuan .. Klu kita tak bersentuh or anything .. adakah blh jadi abang and adik angkat ? Terima Kasih

Tak digalakkan ber-abang angkat bagi perempuan dalam Islam kerana tiada ikatan yg sah. Hubungan kamu dengan abang angkat itu masih terbatas yakni hubungan bersama bukan mahram. Maka tidak digalakkan walaupun tak bersentuhan.

Akak macam mana nak jawab waalaikumsalam sebetul2nya ejaan dia?

Ikut sebutan Arab, "Wa'alaikumussalam" atau yg apa sahaja berbunyi seperti itu.
Sebenarnya ejaan rumi tak kisah eja macam mana2, asalkan niat kita baik dan kita bukannya nak ubah maksudnya dalam Arab. Sama juga macam ejaan "insya-Allah". Rumi tak mempengaruhi perkataan Arab, yg mempengaruhi adalah ejaan jawinya :)

Oh alhamdulillah saya baru selesai berpuasa harini. Insya Allah esok pun puasa lagi. Btw dari semalam saya tunggu akak jawab soalan saya :p anyway thanks :)

Bagusla. Beribadah biar ikhlas :) insya-Allah..maaf, akak busy dan banyak perkara yg akak kena settle :)

Salam kak, klau kite puasa Asyura tu maknanya 3hari puasa baru dosa dihapuskan ataupun 1hari sahaja? saya konfius

Wassalam ya 'alayk. Hari 'Asyura jika merujuk pada maksudnya dari segi bahasa, sepatutnya hari ke-10 Muharram sahaja. 2 hari sahaja dik, bukan 3 hari. Dalam hadith cakap puasa pada 10 Muharram dapat menghapuskan dosa kecil kita setahun yg lepas.

Assalammualaikum . kalau account twitter lama kite ada 1 gambar tak pakai tudung contoh nya masa 8/9/10 tahun macam mana ye ? maksud sye if kitaa lupa password acc tu and acc tu terbiar . trimas .

Wa'alaikummussalaam. If waktu umur 8/9/10 tahun tu dah mummaiyiz (dapat membezakan yg benar dan yg salah), wajib delete semua gambar tu. If lupa password, suruh ramai2 kawan perempuan (sama jantina) dengan kamu report spam akaun tu. Lama2 nanti Twitter suspend akaun tu.

Next

Language: English