@IdhamIsmail

Affiq Idham

Ask @IdhamIsmail

Sort by:

LatestTop

Previous

kau pernah suka sesiapa? kalau pernah. macam mana kau tepis perasaan tu?

Fitrah manusia untuk mencintai. Pada dasarnya melalui apa yang ana belajar dalam PSI (Pendidikan Syariah Islamiah), fitrah manusia itu sememangnya adalah untuk mengabdikan diri kepada Allah dan menyayangiNya sepenuh hati.
Pernah terdetik perasaan suka sesama manusia itu fitrah, tapi kalau salah cara ia jadi fitnah. Kalau suka sangat, doa moga Allah satukan kelak. Tapi selalunya perasaan ini mainan syaitan. Sebab tu kena selalu doa
"Wahai dzat yang membolak balikkan hati, tetapkan hati aku atas jalanmu"
And jadilah mahal. Mahal di sini bermaksud tidak layan karenah berlainan jantina sangat. Kenapa ? Allah janjikan orang yang mahal untuk orang yang mahal. Asif a'la akhtai minni.

tips belajar or study sbb nowadays telefon terlampau dadah utk para pelajar

Phone ni memang dah macam racun dah bagi kita terutamanya pelajar. Eventhough ana sendiri pun kadang kadang lalai. Caranya adalah kita tutup wifi atau tutup terus phone tu. Moh le kita try. Ini satu dugaan dalam menuntut ilmu.
Sebenarnya, ana lebih suka duduk asrama. Sebab tak ada gangguan daripada benda yang dipanggil phone. Kalau ada phone pun, kita ada kawan yang bimbing untuk jangan lagha sangat. Tapi perasaan orang lain lain kan ?
Liked by: Hannani Suraya

Related users

weh, boleh ke mohon kisas kalau masa f3 tak ambik Arab?

Wallahu taa'la a'lam. Ana pun baru setahun jagung duduk dekat KISAS. Nanti ana tanyakan.
Liked by: Quz مد'او KB

laaa x pernh tahu lak ,thu sbp je haha

Tak apa, sekarang dah tahu kan ? Bersyukur sebab kita tak lagi dianggap jahil dalam hal hal macam ni.

laa form 4 igt f3 haha anyway nice to know you .

KISAS mana ada lower form hehe. Nice to know you too.
Liked by: KB

skk ade subjek ape je?

Tauhid Feqah, Nahu sorof, Mutolaah Insya Balaghah, Tafsir Hadith, Nusus.......
Ana tak pasti sangat lah. Asif

eh eh.astaghfirullah.ana x suruh anta smbunyikan ilmu.msti sengit kan pemilihan tu.hmm.takpe2.man jadda wajada.mesti boleh punya.anta pun sama.jangan lupa doakan debat arab maiwp.

Ya Allah pendebat Sma Maiwp lagi la superb. Insya Allah, kalau Allah izinkan kita berentap, kita akan berentap. Biiznillah taa'la.
Liked by: QueenOfSaba'

best sgt ke kisas tu?share la lg ....aq nk tau..xde la aq tye je..kot kot la sbb xde SMA..korang bace surah kt surau ke dorm?dewan ade aircond x?

Memang KISAS tak ada Sma, tapi dia ada SKK. Kalau Sma ada 6 subjek, skk ada lapan subjek. Kami baca ma'thurat. Kami baca Al-Mulk setiap malam. Apa yang menarik di KISAS ialah dia sangat tekankan Solat Subuh berjemaah.
Kata salah seorang exco badar :
Subuh ini merupakan permulaan hari kita, kalau kita subuh pun dah masbuk, agak agak macam mana dengan urusan seharian kita yang lain ?

ohh.anta wakil munazoroh kisas ke? huish bahaya.maat taufiq wan najah! jgn dedahkan rahsia debat arab maiwp.

Apa yang ana dapat dari tazkirah Asar pada suatu hari :
Allah melaknat orang yang menyembunyikan ilmu. Biarpun ilmu itu ibarat sebutir pasir di pantai, tapi Allah tetap laknat kalau kita tak kongsi.
InsyaAllah, tak rugi pun berkongsi bukan ? Untuk debat Arab, baru pemilihan dan doakan ana terpilih. Ana bukan hebat sangat dan ramai lagi yang hebat.
Liked by: KB

so nnti msti ko akan jumpe ngn pendebat maiwp gak kan?sesama hebat lorh...kau mmg x rase menyesal la pindah sane?

InsyaAllah, ada rezeki kita jumpa. Menyesal ? Perubahan dari tempat yang baik kepada tempat yang lebih baik, kenapa perlu ada penyesalan ? Still Allah knows what is the best kan ? ☺
Liked by: KB

pack x kisas?cantik?acamane?ko jd bdk debat untuk kisas ke?sengit ke kisas?dr segi pe?akademik ke koko ke?

Alhamdulillah pack lagi jadual Maiwp. Wakil debat Arab untuk KISAS. For sure la dalam hidup kita mana mana kita pergi mesti ada yang lagi hebat dari kita. KISAS ni dia seimbang, bukan setakat koko dengan akademik, batiniah pun dia jaga.
Liked by: Nur Izzati KB

best x kisas?mane lg best sma maiwp ke kisas...share la ckit pengalaman kau..

Dua dua sama sama best. Dua dua kawan sporting. KISAS punya biah solehah superb. Bila kita rasa nak buat jahat, dia punya tarbiah tu buatkan kita tak jadi nak buat jahat. Rasa best la. Cuma jejantas tu buatkan orang penat. So far, dua dua best.

Next

Language: English