@IdhamIsmail

Affiq Idham

❤️ Likes
show all
shahira_javier’s Profile Photo

Latest answers from Affiq Idham

kalau kita solat terlupa rukuk terus sujud .sah ke solat?

Ini tajuk PSI, bab syak dalam solat bahagian hadis hukum tak silap ana.
1. kalau kita tertinggal rukuk, dan kita meneruskan solat, dan perasan kita tertinggal rukuk lepas habis menunaikan solat. solat kita tidak sah dan kita perlu solat semula.
2. kalau kita tertinggal rukuk dan kita sedar waktu kita dalam solat, kita perlu tambah satu lagi rakaat dan sujud sahwi.
3. kalau kita wasa-was kita sudah rukuk atau belum, dalam keadaan kita bersedia untuk rukuk/ sujud, terus rukuk, dan sujud sahwi sebelum solat.
Ini insyaAllah membantu. Betulkan kalau tersalah informasi. Ma asabaka min hasanatin faminallah. Wa ma asabaka min sayyia'ti fabi nafsi.

Macam mana dgn tarbiyah sekarang?

Tarbiyah sekarang ? MasyaAllah, tersedak.
Tarbiyyah masih lagi berjalan. Sentiasa. Tarbiyah daripada Allah untuk hambanya menerusi Al-Quran. Benar, Al-Quran merupakan kalam kalam tuhan yang sebenarnya merupakan tarbiyah secara tidak langsung kepada kita. Setakat ini, tarbiyah pada diri sendiri, InsyaAllah berjalan seperti sentiasa. Doakan supaya diri ini masih lagi tsabat ( baca kekal ) dalam jalan ini. Cuma futur ( baca putus asa ) tu kadang kadang biasalah.
Untuk hal tarbiyah yang lain, no comment. Tanyalah yang lebih arif :)

kau mmg ta lyn prmpuan ke? klu ad prmpuan nk mintk maaf kt kau sbb die ad rse slh an kau?

That statement ' ta layan perempuan ' tu macam menakutkan sikit. Bukan tak layan, tapi dah bataskan kepada perkara perkara yang penting.
Kalau ada nak minta maaf atau apa apa urusan yang penting, masih boleh berurusan. InsyaAllah, dalam usaha kita habluminannas, habluminallah juga terjaga.

tak malu ke chat ngan laki/perempuan pastu masuk kat twitter? aib tu kalau boleh simpan sendiri

terima kasih ?

Apa preparation untuk masuk kolej KISAS?

sediakan hati yang ikhlas untuk terima segala dakwah dan tarbiyyah di kolej Islam

kau mmg tak gune kau aku eh? klu ye, knpe?

Guna je 'aku, kau' tapi untuk orang yang memang dah lama saya guna 'aku, kau' dengan dia. Yang itu memang susah hendak dibetulkan. Pernah sekali cuba untuk ganti dengan guna nama, tapi rasa pelik.
Saya pernah guna 'saya, awak' waktu mula mula masuk KISAS, memang janggal habis la, ye la untuk tiga tahun di Sma Maiwp cakap 'ana,enta', susah nak ubah. Masuk masuk sini ada yang guna aku, hang, ambo dan macam macam lagi jadi saya masih tak dapat sesuaikan diri.
Mestila kena kecam kan ? Tapi bila dah lama lama, cakap je 'ana, enta' dengan diorang, lantak pi depa la nak guna apa dengan ceq, asalkan depa bahagia.
Untuk orang yang kita akan kenal pada masa akan datang, tak pasti lagi nak guna apa, ikut kesesuaian, ikut mauqi' katanya

Ada ke SBP yang ada girls & boys?

ada, kebanyakan sbp campur lelaki perempuan, ada je yang asing lelaki perempuan

Language: English