@AinSyauqina

Turquoisepsycho

Ask @AinSyauqina

Sort by:

LatestTop

mcm mane nk bljar niat ikhlas bukn sbb exam?

Nak ikhlaskan hati ni, memang agak payah.
Sebab kita tahu tujuan kita melakukan sesuatu tu.
Contoh kita belajar sebab nak dapat good marks.
Sedangkan kita tahu bahawa setiap apa yang kita lakukan tu, mesti niat lillahi taala.
Oleh sebab itu, every time sebelum start study, kita kena niat, sahaja aku study ni semua kerana Allah. Selepas itu, bacalah apapun doa sebelum menuntut ilmu.
Niat study, sebab kita memang nak ilmu. Niat study, sebab kita nak jadi manusia yang berguna.
And masa tengah study tu, kena slalu ingatkan diri, blaja kerana Allah. Bukan kerana exam semata-mata.

macam mana kau nak move on daripada someone yg tak pernah langsung nak appreciate kau dan tak pernah nampak effort kau untuk dia?

XSoalHatiX’s Profile PhotoDoctor-To-Be
He's not meant for you.
Ingat tu.
He's not the one.
Allah dah tetapkan seseorang yang jauh lagi baik dari dia. Yang boleh bimbing awak sampai ke syurga.
Buat apa kita susah payah untuk dia? Sedangkan kita ni secebis pun tak pernah terlintas dalam fikiran dia.
Buat apa kita nak terus meletakkan dia dalam hati? Sedangkan dalam hati dia, tak ada sedikitpun ruang untuk kita.
Move on.
Itu yang terbaik. Tak guna membuang masa. Hidup harus diteruskan.
Life is too short to care about someone who doesn't even notice you.
Liked by: Ana

quote

"Whatever and whoever is meant for you will always be yours. Allah will give it to you at the best time and at the best moment. "

Related users

Kelebihan istighfar ?

Istighfar itu istimewa.
Pernahkah kita dirundung rasa gelisah, kesedihan dan kebuntuan fikiran? Pada ketika itu, kita menangis, menjerit, bermenung dan bermacam-macam lagi.
Namun tahukah kita bahawa dengan beristighfar dapat menghilangkan rasa gelisah, kesedihan dan kecelaruan fikiran.
Selapas beristighfar, pasti jiwa akan kembali tenang dengan izin Allah.
Hatu ini banyak kotorannya. Semakin hari semakin kotor hati kita setiap kali kita melakukan dosa kecil ataupun dosa besar. Dosa-dosa itu akan menjadikan hati kita hitam dan akhirnya menyebabkan hati menjadi tidak tenteram dan mudah gelisah.
"Sesiapa yang selalu beristighfar nescaya Allah akan menjadikannya kemudahan pada setiap kesempitan, kesenangan pada setiap kesedihan dan memberi rezeki tanpa diduga olehnya. "
[hadith riwayat imam Abu daud]

View more

Liked by: Ana

#prayforAleppo

Tangisan dan rayuan sudah tidak lagi asing bagi mereka
Kanak-kanak dan wanita menangis ketakutan
Melihat segala kehancuran yang berlaku di sekitaran
Tiada apa yang mereka mampu lakukan
Kecuali berserah kepada tuhan
Tenanglah wahai saudaraku,
Mungkin di dunia engkau sengsara tetapi percayalah syurga tempatmu.
Moga kau kuat dan tabah hadapi segala ujian dan dugaan.
Tiada apa yang boleh kita lakukan selain dari mendoakan mereka.
اللهم انصر إخواننا المسلمين في سوريا و في كل مكان

Apa yang kau nak sangat dalam hidup?

Istiqamah.
Aku rasa itu lah impian setiap muslim.
Istiqamah dalam beribadah. Istiqamah dalam mendekatkan diri dengan Allah. Istiqamah dalam mengejar redha Allah dan istiqamah dalam mengejar syurga.
Manusia, iman kadang tak menentu. Naik dan turun. Yang pasti, setiap muslim inginkan iman yang sempurna. Namun kita manusia biasa. Iman itu adalah penentuan Allah tetapi ia boleh dikawal dengan doa.
Manusia, tidak sempurna. Adakala di atas, adakala di bawah. Mungkin ada yang futur di pertengahan hijrah. Kerana mulut manusia, mereka futur. Kerana kurang sokongan, mereka berputus asa. Namun sampai bila ?
Bangkit lah. Jangan selamanya kita rebah. Bangun, kuatkan semangat. Iringi hijrah dengan doa yang tiada putus. Allah itu mendengar. Andai futur , itu adalah salah satu ujian dari Allah. Hadapi dengan kuat dan tabah. Kau kena kuat.
Ingat, Allah sayang hambaNya yang kuat. Didik hati untuk redha. Jangan pernah berputus asa.
:)

View more

-

Rasulullah
Seorang yang tabah dan kuat
dalam hadapi segala ujian dan dugaan illahi
Tidak pernah berputus asa dalam berdakwah
Walaupun dicaci dan dimaki
Namun hatinya masih sabar dan tabah
Demi Allah s.w.t
Baginda tidak pernah mengenal erti berputus asa
Demi ummahnya
Kerana cinta terhadap ummahnya tiada bandingnya
Sanah helwa ya Rasulullah ya habiballah
Sungguh aku tidak sabar ingin berjumpa denganmu ya Rasulullah
Perbanyakkan selawat dihari kelahiran Nabi Muhammad saw
Moga kita mendapat syafaat Rasulullah saw di hari akhirat nanti.
Salam maulidur rasul :)

Kenapa diri ni rasa malas sgt nak belajar. Hmm padahal exam nk dekat dah

Itu memang lumrah. Kadang, kita nak lakukan kebaikan, tapi akan tiba sifat malas tu menguasai diri. Istighfar. Sifat malas tu datang dari syaitan.
Ingat, kalau nak berjaya kena usaha. Mana boleh berjaya kalau tak bersungguh-sungguh. Kalau sekarang ni bersenang-lenang, tak nak belajar apa semua, nanti kalau dapat markah tak memuaskan, akhirnya kita juga yang menyesal kan?
Fikir pasal masa depan. Kalau tak fikir pasal diri sendiri pun, fikir pasal mak ayah yang bersusah-payah mencari rezeki untuk bayar yuran sekolah. Tak kan kita tak kesiankan mereka?
Ingat, belajar bersungguh-sungguh itu adalah amanah untuk kita sebagai pelajar. Tanggungjawab kita untuk belajar. Jadi, jangan malas-malas ya :)
*peringatan untuk diri sendiri juga *
Liked by: Ana

Hidup, Kadang kau jatuh, Kadang kau bangun. Ya, Persis waktu kau kecil dahulu, Dan kerana kau tidak faham apa itu kecewa, Kau mampu hidup hingga ke hari ini. Hidup, Kerana kau tabah, Kau tahan segala sakit, Kau harungi segala perit, Umpama bot kecil yang hampir karam di tengah lautan.

NursyafawaniAzhar’s Profile Photomettlesome
Ya hidup tak selalu indah.
Adakala diatas dan adakala dibawah
...
Syukran atas kata2 ini.
Allah yubarik feek.
:)
Liked by: Baqs™

Puisi tentang sabar (:

Sahabat
Jangan bersedih andai kamu dibenci
Jangan menangis andai kamu dicaci
Jangan bersedih andai kamu disakiti
Sabarlah
Allah itu ada
Dia nampak apa yang terjadi
Usah risau Dia pasti akan melindungi
Kerana Allah sayang kamu
Andai kamu dibenci seluruh dunia sekalipun
Tidak mengapa
Kerana kamu ada Allah
Allah itu segalanya
Mintalah kekuatan dariNya andai kamu perlu kuat
Sesungguhnya Allah itu sumber kekuatan bagi kamu

-

Sahabat
Kadang,kita cuba didik hati untuk sabar dengan segala ujian
Namun Kadang ada manusia yang tak puas hati dengan kita
Apa sahaja yang kita lakukan nampak salah di mata mereka
Cacian dan makian kita terima tanpa membalas
Bukan kerana kita lemah dan takut
Tapi kerana kita sudah matang dan tidak akan melayan
Dan kita percaya bahawa Allah yang akan membalas
Biarlah dia nak buat apapun
Yang penting kita kena kuat dan jangan sesekali jatuh
Andai jatuh,bangkitlah
Jangan biar mereka melihat kita lemah
Kerana kita sebenarnya kuat
Bukankah Allah sentiasa bersama orang yang sabar
Malah,sabar itu adalah separuh dari iman
Telegram.me/qowiyfillah
Liked by: Baqs™ CiK PiAnO

-

Sahabat
Andai kau lemah
Andai kau futur
Kerana ujian yang menimpa
Kau rasa kau tak mampu
Ingatlah
Allah tak akan uji
Andai kau tak mampu
Dia uji kau
Kerana Dia sayang kau
Kembalilah pada Dia
Luahkan segalanya
Dia itu maha mendengar
Telegram.me/redhaillahi

Type of person you hate most?

Yang suka judge sesuka hati tanpa periksa. Yang dua muka. Depan kita dia baik belakang kita dia dia cakap pasal kita.
Yang suka memaki hamun. Ibarat makian itu seperti sebahagian dari hidup mereka. Tak dapat nak dipisahkan.
Yang suka bash orang. Padahal kita tak buat salah pun kat dia.
Moga Allah jauhkan sifat ini dari kita semua.
P/s: takde kaitan dgn sesiapa pun.

-

1 Ramadhan:
Berkata perkataan yang baik ataupun diam kerana setiap perkataan yang keluar dari mulut,kita yang harus bertanggungjawab diakhirat nanti.
Telegram.me/qowiyfillah

-

Ramadan Kareem kullukum!
Semoga Ramadan kali ini lebih baik dari yang lepas.
Gunakan waktu ini untuk bersihkan hati dan momohon keampunan dari Allah.
Rebut peluang ini untuk melakukan sebanyak amal ibadah yang boleh.
Solat diawal waktu,solat dengan khusyuk,solat sunnat sebanyak yang mampu. Solat terawih jangan tinggal. Begitu juga qiamulail. Jangan sia-siakan peluang ini.
Baca Al-quran sepanjang masa. Hayati setiap ayat dari Al-quran. Tanamkan niat nak khatam Al-quran.
Sedeqah selagi mampu. Dengan bersedekah bukan membuat kita miskin malah salah satu dari murah rezeki adalah dengan bersedekah.
Sabar dan tabah melalui segala ujian.
Bercakap baik ataupun diam. Zikir kepada Allah. Jauhkan dari berkata perkataan yang tidak bermanfaat.
Rebutlah peluang ini . Kita orang yang terpilih untuk merasai bulan mulia ini.
Semoga setiap amalan yang kita lakukan diterima Allah.

View more

-

Allah will lift you up when you're down. He'll make you strong when you're weak. He'll guide your path when you lose your way.
Believe all that happens to you is for good. Even when Allah allows bad things to happen, there's something good behind it.
Liked by: mira.

Macam mana nak istiqamah dalam beribadah?

Bila kita nak buat sesuatu kebaikan memang amat payah.
Kenapa? Sebab bila kita nak lakukan kebaikan,bila kita nak berhijrah,syaitan akan sentiasa menghasut kita. Dia akan menggoda kita.
Mula-mula nak hijrah ni susah. Kena istiqamah. Tapi macam mana nak istiqamah kalau hati tak ikhlas?
Kena paksa diri. Kena paksa hati untuk buat.
Kerana bila kita paksa diri buat hari-hari tanpa henti,kita akan rasa sesuatu yang lain bila kita tinggalkan.
Percayalah.
Bila dah biasa,kita akan istiqamah.
Semoga Allah mempermudahkan segala urusan kita semua.

can you give me an advice?

"Jangan resah andai ada yang membencimu kerana masih banyak yang mencintaimu di dunia,
Tetapi resahlah andai Allah membencimu kerana tiada lagi yang mencintaimu di akhirat"
Imam Al-Ghazali
Liked by: CiK PiAnO teh Ash

Next

Language: English