Ask @chadNS

Sort by:

LatestTop

Previous

(⁠⁠ꈍ⁠ᴗ⁠ꈍ⁠)

Singgah tanda hadir.
Tiber.
Hi ~
Harini takde apa yang menarik jadi.. Ada la few things.. heh..
Sibuk ya kejar deadline dengan closing lagi..
Tapi cokay sebab aku berjalan je..
*Gelak plis
Oh ya,
Harini rajin makan kat kedai..
The kerajinan ended up, me being sick.. normal dah tu.. sebab bedal je makan.. tahu tahu tak tahan..
Kita redah je dulu.. Rebah tu belakang cerita.. 😵‍💫
Rubah tu haiwan..
Lebah pun haiwan..
Tapi kalau kamu berubah memilih yang lain..
Lahh..
---------------------
Harini baru tersedar ada few habit yang telah didevelop..
Contohnya, habit menjadi kacak.
Gurau..
Adalah habit tu.. heh teruk betul dia triggered harini..
Member tegur pun aku boleh hilang jantung..
Sebab single..
Ehh..
Dah la.. Megi mesti rindu aku..
Brb, kalau rajin datang menjawab soalan..
Kalau malas, datang membaca jawapan..
Kalau rindu, datang la rumah.. jangan lupa bawak makanan..
Kalau sayang, pinjam 100.

View more

ꈍᴗꈍ
Liked by: Elly

Esok dah lah kerja mata ni degil betul lah tak nak tido lagi

Esok kerja.. kalau barai sangat teguk la kopi.. walaupun kopi tak fx, lagi buat nak tidur selalunya..
Hm pakai earpod dengar lagu..
Goyang goyang kepala kasi layan.. Jangan lupa makan untuk hilangkan mengantuk..

+ 4 💬 messages

read all

People you may like

IshiTran’s Profile Photo DAY DREAMER 뚱
also likes
alyanadiasty23’s Profile Photo Alya Nadiasty
also likes
CarlaGozali’s Profile Photo Carla G
also likes
LarryStylestomlinson436’s Profile Photo Me - Larry
also likes
sehuntehun’s Profile Photo liay
also likes
panuwat_tnm75’s Profile Photo PAWAT
also likes
Abdullah Torky
also likes
Khongnao’s Profile Photo Viper
also likes
abcdefghilysm’s Profile Photo Ann
also likes
Want to make more friends? Try this: Tell us what you like and find people with the same interests. Try this: + add more interests + add your interests

Biasanya kalau korang pergi Klinik atau Hospital, apakah jenis Soalan-Soalan yang korang akan selalu tanya ?

ijadanniy’s Profile PhotoMiss Iyja
Selalunya.. tiap kali pergi klinik/ hospital maksudnya nyawa dah hujung tanduk..
😌
So tak tanya soalan..
Liked by: Miss Iyja Alia

Recommed buku genre horror untuk di baca .. Ta kesah story lama ke baru , saya akan baca ..

MEMI_PKFV’s Profile PhotoTRIPLE R
Tak baca genre horror la pula..
Cuba try fixi.. ada certain cerita genre tu . cerita apa tu saya sejujurnya tak tahu..
Tapi cuba cari.. Hahaha
Tengok kat goodreads ke..
Recommed buku genre horror untuk di baca 
Ta kesah story lama ke baru  saya akan

+ 1 💬 message

read all

Liked by: TRIPLE R

How’s life so far?

Life?
Secara jujurnya..
Alhamdulillah, better than before I guess .
Mungkin lah.. Tapi inikan dunia..
Ada luka yang tak berdarah,
Ada sakit yang bukan luaran,
Ada patah yang menyambung,
Ada rapuh yang semakin kuat,
Ada serabut yang rapi,
Dan Ada yang ada tapi tiada..
Nah view dari balkoni rumah.. Pengganti pantai yang dah lama tak kunjung tiba..
Angin malam tu redup,
Tapi menenangkan segala jiwa yang berantakan.
Heh.. ¯⁠\⁠_⁠(⁠͡⁠°⁠͜⁠ʖ⁠͡⁠°⁠)⁠_⁠/⁠¯
Hows life so far
Liked by: fatprasert

Perempuan tinggalkan laki sbb apa

Sebab kadang meninggalkan itu lebih baik daripada terus menetap ditempat yang menyiksa mental.
Liked by: Alia

Hahahha sentap !

Nak cerita.. Baca je.. Jangan banyak bunyi..
~~~~
Harini I keluar with my friends (M) ..
Dia ekceli nak ajar aku makan Panmee je.. aku pun macam okay no problem.. letsss goo..
So aku ni.. Mudah orangnya..
Aku memang planned..
Qb - panmee - balik
Memang aku ni kau cakap nak pergi situ.. ye otak aku pergi situ je.. Tapi if you sudden2 making plans aku okay je.. Asalkan diterima akal..
Tapii M punya planned..
Qb - Panmee - Zus Coffee Meow - Watson - Aeon Mart - Daiso - Chagee - Muse by Watson - New Balance - Bread History - Shihlin Taiwan Streets Snack - Coffee Beans and Tea Leaf - Balik
Conclusion : Never Trust Woman Yang Cakap "kita pergi makan situ je,"
Honestly dah memahami dah gaya hidup wanita tulen..
Sebab aku ada 3 kakak kot.. campur mak aku..
Tapi dah la.. aku memang mudah ditipu..
Sekian dari saya yang tak jumpa fun in window shopping.. 😭
Tapi harini fun fun.. Catch up and dengar M punya story.. Seronok ya dia bercerita pasal hidup dia..
Hahaha.. sampai berejam rejam..
Well I'm glad I can make you happy today.. Small things count.
M : kau tak makan pedas kan.. aku ingat lagi.. kita beli yang ni.. ni tak pedas..
Also M : tak pedas kan? Nak beli air ke?
Bruhhh comel... HAHA..
M when I belanja her something..
"Eeee Awin dah ada adult money,"
Again M : takpe win susah susah je belanja..
Me : Takpe, kita jumpa setahun sekali.. itu pun kalau ada rezeki.. Kau doa aku murah rezeki selalu pun dah cukup..

View more

Hahahha sentap

+ 2 💬 messages

read all

Liked by: Fariq Hayqi

Korang yg still setua dgn askfm ni, korang batch brapa ye? Heheh, kenapa korang suka maen askfm ni?

Sebenarnya saya baru 16 tahun.. kira muda la kan?
Saya main sejak bayi..
Liked by: Alia

Tetiba terplay dekat youtube, ‘playlist galau brutal reverb + speed up. Aiwah

Aicehwahh.. Hujan hujan layan lagu galau.. Double galau..
Memang ngam.. Sambil tenung hujan..
Okay jom buat cerita..
~~~~~
Hujan renyai renyai jatuh membasahi serata nusaraya.
Tangan kembali asyik menekan papan kekunci telefon pintar.. membalas setiap mesej yang diterima dari rakan dalam talian.
Selesai dibalas, badan perlahan-lahan dijatuhkan ke atas katil... Mata dipejam seketika sebelum keluh kecil dilepaskan.
"Ahh, bosannya.. nak buat apa ni!," Si Fulan bentak kecil.
Jari kembali menari diatas telefon pintar.. Aplikasi youtube ditekan..
Hati terdetik kecil.. 'seronok juga ya kalau dengar podcast hujan hujan ni'
Tangan laju mencari podcast harian yang kerap kali didengar tatkala sendirian..
-HeloBagas-
Suara nyaman sang pemberi podcast menyapa lembut ditelinga. Diiringi irama air hujan yang menyembah bumi. Syahdu!
Podcast selama 25 minit itu tamat tetapi hampir segala isi diceritakan tidak masuk kedalam kepala. Hanya seperti angin yang berlalu sahaja di cuping telinga.
Mata dipejam kembali membiarkan "autoplay" youtube memainkan kisah seterusnya.
Kepala digaru kecil apabila yang hadir mendendangkan bunyi ditelinga bukan lagi suara Bagas tapi lagu galau yang entah dari mana.
Tangan laju mencapai telefon pintar.. Lalu dilihat sekilas "Playlist galau brutal"
'heh galau pula.. enjoy je la,"
Lagu milik Astrid - Tentang rasa mengalun merdu..
Mata yang baru mahu dipejam kembali dibuka..
🎶🎵Dapatkah selamanya kita bersama,
Menyatukan perasaan kau dan aku?
Semoga cinta kita kekal abadi
Sesampainya akhir nanti, selamanya 🎶
Hujan yang kelihatan seperti mahu reda sebentar tadi kembali menjunam membasahi bumi seolah memahami rasa dihati.
Langit seolah turut menangisi apa yang terbuku disudut paling dalam..
Mata melihat hujan yang menetes laju.
Oh, bukan diluar sahaja yang basah. Didalam juga.
----
Tamat.

View more

Apa pendapat korang kalau ada org confess kat korang? Korang terus tolak atau bagi peluang diri sendiri to allow someone to love u?

Pfffttt.
Tak tahu.. I would be speechless sebab I never expected someone to fall for me..
Kelakar le.. aduduu..
Apa pendapat korang kalau ada org confess kat korang Korang terus tolak atau

Jemput

Apa tuuu..
Hm ingat char kuewtiaw.. teringin.. tapiiiiii nak yang kat rumah punyaaa..
😔🤌🏻

Am i selfish if aku dah tak contact my bestfren??cause i think before this pun aku je yg beriya utk chat dia utk call ..

Tak selfish pun anon..
Santai aja..

Next

Language: English