@AtifaLiaa

The Queen

Ask @AtifaLiaa

Sort by:

LatestTop

Previous

if you have been decided to die tomorrow...what will you do?

Well, I'm really sure that typical answer is that we have to do more ibadah and focus on collecting good deeds to be brought along to alam barzakh. I'm sure that's what everyone will answer. But the thing is, we won't know when will we die exactly :-)
Liked by: syu

Related users

Assalamualaikum. .,macam mana kita nak lupakan seseoarang itu...walaupun kita memang sayang kat orang itu...kita tak nak ingat orang itu sebab takut nanti kita sayang dia melebihi sayang kita kepada Allah...mohon ukhti tolong saya...bagaimana cara na lupakan orang yang kita sayang itu?

Wa'alaikumussalaam wbt.
Cara melupakan ya. Hmm... Bab2 hubungan sesama manusia ni saya lemah sikit tapi insyaAllah saya cuba bantu.
Cuba tingkatkan ibadah harian kita seperti amalkan ibadah nawafil (ibadah sunat) dan sentiasa berzikir, selawat. Dengan cara tu kita akan mengingati Allah SWT sepanjang masa berbanding sibuk fikir pasal cinta sesama manusia. Nak sayang seseorang takde masalah, kerana itu fitrah, cumanya tak boleh nak lebihkan cinta pada manusia berbanding cinta pada Allah :-)
Maaf sekadar tu sahaja saya dapat jawab.
Liked by: ™ Haliysa ™

Assalamualaikum...nak tanya salahke kalau seseorang itu berdoa sambil menangis dan menangis itu terlalu over?inginkan penjelasan daripada saudari...:)

Wa'alaikumussalaam wbt. Tak over pun, Allah suka akan hambaNya yg sering meminta-meminta kepadaNya. Kerana Dia tahu kita berharap padaNya ^^
Liked by: ™ Haliysa ™

salam kak, boleh ke tanpa wuduk, kita baca bacaan yassin?

Wassalaam 'alayk. Boleh, tapi mushaf Qur'an atau Yassin tu tak boleh dipegang. Tapi pada adabnya perlu ambil wudhu' ketika nak baca bacaan Qur'an. Itu adab dia :-)
Liked by: Just me

What would you do if you become invisible?

I guess I won't do anything because I haven't thought about being invisible before this :-O

Selalu pergi kuliah dan nagji kitab kat mana? balik hari ke?

Ngaji kat masjid tempat saya tinggal ni pun ada juga. Kadang2 pergi KL. Tak balik hari, duduk kat rumah kawan di Segambut, KL.

Assalamualaikum. Saya nak tanya. Kalau kita derhaka pada ibu bapa kita contohnya buat air mata ibu mengalir kerana tingkah laku anaknya yang kurang ajar adakah haram syurga untuknya? mohon beri penjelasan. Syukran.

Wa'alaikumussalaam wbt. Saya tak dapat nak nisbatkan hukum 'haram Syurga' dan sebagainya, tapi apa yg saya tahu perbuatan derhaka itu akan membawa kepada dosa besar dan akan berat timbangan di sebelah kiri, melainkan kita bertaubat nasuha.
Allahu a'lam.

Kenapa saya malas solat? :(

Tepuk dada tanya iman ^^ Syaitan kuat ganggu tu. Banyakkan berzikir dan tiap kali rajin solat tu, berdoa supaya Allah beri rahmat utk rajin beribadah.
Liked by: Af syu

saya berminat sgt baca n menghayati bila org post islamik. cth kata2 mutiara utk mnjadi muslim/muslmh yg baik /baca pertanyaan psl agama serta menambah serba sdikit ilmu yg mna xtahu. berminat sudah tapi hati dn diri ni ,masih melakukn dosa dosa n lagi. xubah2. mcm mana ni?Lemahnya hati utk berubah.

Alhamdulillah, syukur kerana hati terbuka utk mengenali agama kita dgn lebih dekat.
Ya benar, kita semua kan manusia biasa, kita semua takkan terlepas dari membuat dosa. Maka dgn itu, sentiasalah bertaubat dan sentiasa sedar akan dosa sendiri. Takda masalah utk diri sendiri berdakwah, walaupun melakukan dosa2 kecil spt biasa, sbb manusia ni sifat kita sntiasa lupa dan sntiasa perlu diingati.
Oleh kerana itu pentingnya dai'e (pendakwah) dan mad'u (org yg didakwah) dlm kehidupan seharian. Kadang2 kita boleh jadi dai'e kadang2 kita bole jadi mad'u =D
Tarbiyyah diri itu penting, biar banyak manapun dosa kita, selagi pintu taubat belum ditutup, selagi tu kita dipersilakan utk bertaubat. ^^

Biasa waktu nak dekat2 zohor awk buat apa??

Nak dekat2 Zohor, Qoylullah la, apa lagi :D Kalau qoylullah insyaAllah mudah bangun tahajjud, asalkan niat kerana Allah, insyaAllah.
Oh ya nak pesan, kalau boleh, solat Dhuha, solat Tahajjud, selawat ke atas Nabi at least 300 kali sehari dan baca Qur'an walaupun 1 muka surat sehari, semua ni jangan tinggal ^^ Buat bekalan tambahan utk akhirat.
Liked by: Aisah :)

Akak.. harapnya akak boleh tolong saya.. saya ada ckp dengan kawan saya.. jangan berkapel.. kapel tu haram.. lepastu dia kata ''Mak ayah kau terus kahwin ke sebelum kapel? '' Akak tolong beri saya jawapan untuk jawab soalan dia tu.. Dia sangat tidak mahu mengaku kalah.

Maaf dik tak jawab semalam. Akak ambil masa juga nak jawab soalan yg melibatkan hubungan sesama manusia ni ^^
Macam ni, cakap kat dia, kamu nasihati dia sbb kamu syg kat dia, sbb kamu tahu kapel tu haram. Zaman dlu kan hukum hakam Islam tak berapa diamalkan, so ibu bapa kita mungkin ada juga yg tak tahu sesetengah hukum. Tapi zaman skrg kan hukum dah diluaskan melalui mcm2 media, so kita tahu.
Cakap kat dia, jangan jadikan masa lampau seseorang sebagai alasan utk dia turut membuat dosa yg sama ^^
Semoga kawan kamu diberi hidayah dan sedar ttg dosa yg dilakukannya.
Liked by: Aisah :)

salam, prmpuan uzur bleh ka bwk buku yassin&mathurat ?

Wassalaam 'alayk.
Mathurat boleh, Yassin kalau tak silap dulu ustazah pernah larang kami bawa.
Syarat utk pegang kitab yg terkandung ayat Qur'an, kitab tu tulisan rumi dia mesti lebih banyak dari tulisan jawinya, walaupun lebih satu huruf je.
Kebiasaannya mcm perempuan haid, dibolehkan pegang terjemahan al-Qur'an sbb ustaz sy ckp tengok pd terjemahan tu, mmg mostly terjemahan tu huruf ruminya lg banyak dari jawinya (lebih bnyk dr ayat Qur'an), tengok kat muqaddimah (kata pengantar) dia je la, kan dah panjang lebar :D
Kalau tak faham tanya ye.
Liked by: Aisah :)

Assalamu'alaikum Atifa ^^v ana nk tanya, Atifa ada jual niqab x? klau x de , tahu x sape yng jual.?

Wa'alaikumussalaam wbt. Takde, dulu ada tapi dah habis stock ^^ Dah tak restock balik. Hehe.
Saya biasa beli kat sini:
http://pondokassunnah.blogspot.com/
http://www.abayashoppe.com/
Kat Pondok As-Sunnah kain dia best mmg senang nak bernafas. Murah2 pula tu insyaAllah.
Kat Abaya Shoppe tu kain dia boutique quality, so a little bit mahal sikit ^^

oh takpe2 mgkin rezeki lain kali kot :) fasa dua ni ada so bolehlah pegi eh. haah saya pegi. btw mcm mana boleh jawab soalan yg pasal ikhtilat tu lebih kurg nk sbijik mcm syarah Ustaz kat daurah kilat haritu?

InsyaAllah, tapi kalau pegi fasa 2 saja ngaji separuh2 pula. Tak khatam tu. Tengok dulu macam mana ^^ Ustaz saya mmg selalu bagi input yg dia dapat lepas dia pegi kelas ustaz Shauqi. Ustaz saya mmg ngaji di BQ dengan ustaz Shauqi, dah lama dah ^^ So tiap kali dia habis kelas dia akan whatsapp input2 yg dia dpt dari ustaz.

oh daurah kilat kat ipg haritu pegi lah eh?

Tak pergi, takde rezeki. Kawan2 saya mmg dah ajak. Kawan sy dalam 4-5 org yg pergi sana. Kamu pergi ke?

Apa maksud mumaiyiz ye ?

Mumaiyyiz - sudah dapat membezakan sesuatu yg baik dengan yg buruk (haq dan batil) (berkenaan kanak-kanak yg lazimnya setelah berumur tujuh tahun tetapi belum baligh)
Liked by: Norasiah Hasan

pegi daurah kilat eh? plaja ipg ke ?

Tak lah, mmg niat nak ngaji kat BQ tapi masih belum ada rezeki. Tapi nanti insyaAllah dah masuk U nanti, nak cari ilmu agama lebih banyak kat luar ^^ Saya tengah tunggu result SPM.
Liked by: Aisah :)

Next

Language: English