@AtifaLiaa

The Queen

Ask @AtifaLiaa

Sort by:

LatestTop

Previous

double chin ke?

Apa maksud kamu? Apa yg double chin? Daripada soalan mana? Tolong beritahu soalan mana sambungannya sebab saya terima banyak soalan di sini :)

Related users

salam..apa maksud jazkallah khairan?

Wassalam ya 'alayk.
“Semoga Allah membalas dengan kebaikan yang setimpal.”
JazakAllah ditujukan kepada lelaki, Jazakillah ditujukan kepada perempuan, Jazakumullah ditujukan kpd ramai.

Saya rasa ramai tak tahu yang bawah dagu itu pun aurat ... even perempuan yng alim pun saya tengok tak tutup bwh dagu mereka... so, apa pendapat anti?

Bukankah jika kita memakai tudung walaupun kita tidak memakai penutup bawah dagu sekalipun, bawah dagu kita takkan terlihat? Kadang2nya saya lihat para ustazah, mereka menarik sikit bahagian tudung mereka di bawah dagu itu agar ianya menutup bawah dagu mereka. Kadang2 yg tak tutup, mungkin mereka tak tahu dan mungkin mereka menundukkan muka mereka (bukannya tunduk sampai tak nampak) supaya dagu tak kelihatan.

Assalamualaikum kak :D mcm mna akak blh dpt 8A dlm PMR?

Wa'alaikummussalaam.
Mulakan langkah sebelum PMR lagi, iaitu daripada trial struggle betul2. :D
Dan jangan lupa, ilmu itu datangnya daripada Allah SWT. Maka utk mendapatkan ilmu janganlah kita sombong, sombong utk berdoa. Tips utk berjaya dalam exam: Sentiasa solat tahajjud, solat hajat, solat dhuha, solat witr. Bacalah Al-Qur'an, terutamanya Surah Al-Insyirah.
Selain itu, kita kena belajar bersungguh2. Itu sahaja :D

Assalamualaikum, ana nak tanya macam mana ukhti tergerak hati nak berubah? Kalau boleh ana nak ambil Ibrah dari penghijrahan ukhti.

Wa'alaikummussalaam.
Saya tergerak utk berhijrah selepas saya mendapat mimpi tentang Kiamat. Ketika itu saya bermimpi bertemu dengan Malaikat yg bertanyakan soalan, "Sudahkah kamu bersedia utk bertemu dengan Tuhanmu?" suara Malaikat tersebut seperti petir yg menyambar meliputi seluruh langit dan bumi. Sejak itu, saya tergerak utk kembali ke jalan-Nya. :)

akak mcm mana nak qadha' asar yg lepas2? Contohnya kita qadha' asar 4 rakaat then qadha asar lagi 4 sampai yakin dah habis qadha'. Macam tu ke klau nak qadha' asar yg lepas2?

Jika kamu yakin jumlah solat yg kamu tinggal, maka qadha' lah. Contohnya kamu yakin kamu tinggal 3 kali solat Asar, maka qadha' lah 3 kali. Jika kamu tak yakin berapa jumlahnya, qadha' sahaja yg mana setakat kamu yakin dan ingat berapa jumlahnya.

Assalamualaikum ukhti, saya minat pada seseorang. Macam mana cara untuk saya tidak teringat2 akan dia atau mcam mana cara utk saya melupakan dia terus?

Wa'alaikummussalaam.
Perasaan minat dan suka terhadap seseorang itu fitrah. Tidak salah utk kamu sukakan dia asalkan ianya tidak menimbulkan zina mata dan zina hati. Jika kamu mahu melupakan dia, apabila kamu teringatkan dia, cepat2 beristighfar dan ingatlah kepada Allah. Kemudian bacalah Surah Al-Asr.
Liked by: Nrsyq1nh

We're the CHAMPION! We're the CHAMPION! *sambung2~

No time for losers, 'cause we are the champions of the wooorrlldd :D
Teringat waktu zaman kecil2 molek darjah 6 dahulu, lagu ini dinyanyikan ketika hendak bersurai dalam Program English Camp anjuran British Council. :D
Liked by: Nrsyq1nh

Assalamualaikum kak. Haram ke kalau kita cabut. Bulu kening yang berada di tengah2 kedua2 kening ?

Wa'alaikummussalaam.
Menurut seorang professor jurusan Syariah daripada Universiti Yamouk, Jordan, diharuskan mencukur bulu kening yg ditengah2 JIKA ia menimbulkan aib diri kita sendiri.
Aib yg dimaksudkan adalah apabila orang melihat kita dan mereka mengejek kita, BUKANNYA kita melihat bulu kening itu tapi kita rasa tak selesa.
Tambahan: Bulu kening tengah yg dicukur diharuskan dengan syarat di tengah itu sahaja. Jika ambil kesempatan cukur kening kanan atau kiri atau trim sekalipun, sudah dianggap haram dan berdosa kerana perbuatan ini dilaknat Allah.
Liked by: Nrsyq1nh

Akak, boleh saya tau, akak selalu baca quran bila? sungguh nak tau ni ^^ sebab sebab saya jarang baca quran :( sekarang tergerak hati nak baca quran tapi taktau nak baca bila..

Akak selalu baca Qur'an after selesai solat Maghrib :D Alhamdulillah. Kuatkan iman kamu utk membaca Kitab Suci Allah itu.

Sy ada teringat seorg ustzh/ustz brkata. Jika kita telah memimta maaf pada seseorg dn dy taknk maafkn maknanya dy yg brdosa. Sbgai cnth ali minta maaf pada ihsan. Tetapi ihsan taknk maafkn ali. Ihsan yg akn brdosa sbb tkmemaafkn ali. Sbb ali dh minta maaf. Adakah ini boleh diterima?

Maaf2. Ya, mmg betul. Jika kamu sudah meminta maaf dan dia taknak maafkan, dia yg berdosa dan itu tinggal urusannya dengan Allah selepas itu. Tapi kalau boleh nak dia maafkan kita, bimbang nanti di akhirat akan disuruh utk pergi mencari semula orang ini utk memohon maaf. Langkah berjaga2.

Assalammualaikum.Akak,tak apa ke kalau dalam rumah kita ada teddy bear?

Wa'alaikummussalaam. Teddy bear atau patung2 perhiasan, malaikat rahmat tidak akan masuk rumah yg mempunyai patung2 ini (yg dijadikan sebagai hiasan).

Assalammualaikum,akak,boleh tak kalau kita nak luahkan masalah kita kepada orang lain?

Wa'alaikummussalaam. Tiada masalah. Kalau boleh dalam masalah itu jangan cerita aib sendiri, cerita yg sepatutnya sahaja. Islam larang sebar aib sendiri dan aib orang lain.

Assalamuaalaikum kak Atifah ;) Akak, ummi dengan walid akak tak terkejut ke dengan perubahan akak? Adik adik akak?

Wa'alaikummussalaam. Tak terkejut. Mereka kata alhamdulillah, benda yg baik kan :) Adik-beradik akak masih belum matang maka mereka tak berapa kisah sangat hal ni. Haa :D Cuma abang akak lah. Dia tak terkejut pun.
Liked by: alia

salam.boleh ke kita ketip kuku ketika sedang berhadas besar?

Wassalam ya 'alayk. Boleh sahaja, tiada larangan dalam memotong kuku. Orang yg berhadas besar hanya dilarang utk beribadah. Tapi lebih baik jika kuku itu disimpan dan dimandikan sekali ketika hendak mandi junub. Kerana kuku itu kotor. Bimbang disoal di akhirat tentang kebersihan sendiri sedangkan Islam mementingkan kebersihan. "Annadho fatu minal iman" (Kebersihan itu sebahagian daripada iman).

Assalamuaalaikum akak, Macam mana akak boleh kuasai bidang bahasa arab tapi akak takambil pun bidang bahasa arab? Bagi tips sikit ;)

Wa'alaikummussalaam. Eh, siapa kata akak kuasai bidang Bahasa Arab ni? Hehe. Maaf, akak pun masih belajar Bahasa Arab ni and akak taklah pandai mana pun, cuma rasa minat sangat nak belajar Bahasa Syurga :)

pendapat aawk tntng politik skng?

Asiff jiddan, saya kurang ambil tahu ttg politik tp apa yg pasti seteruk manapun politik sekarang, moga2 Allah melembutkan hati semua pemimpin dan ahli parti utk berdamai. Ameen :)

Next

Language: English