@AtifaLiaa

The Queen

Ask @AtifaLiaa

Sort by:

LatestTop

Previous

Related users

Apa mksd ni =Tidurla mengikut cara rasulullah,semasa kita tidur dikira ibadh,maka Allah akan memberikan ganjaran'(lebih kurang macam tu lh)

Tidur mengikut sunnah Rasulullah itu akan dapat pahala, insya-Allah, pahala sunat. Wallaahu a'lam

Salam. Kalau kita ceritakan mslh keluarga kat ask ni wlupun anonymous, tak elok eh? Sbb mcm buka aib keluarga?

Tak elok, tapi untuk menyelesaikan masalah itu, boleh sebab kita tidak tahu siapa diri pencerita itu dan tidak tahu siapa keluarganya.

Akak, kalau nak qada' puasa. Kita kena qada' and bayar fidiyah sekali ke? Kalau qada'a je boleh tak?

Kena bayar fidyah sekali. Wallaahu a'lam bissowab.

Apa mksd qasidah dan melenggokkan suara

Qasidah = Puisi Arab. Melenggokkan suara = mengubah suara seperti menggoda

Kenapa disabled? Siapa lagi nak menghiasi ask.fm saya dengan soalan-soalan yang akak jawab nanti? :O

Ada orang buat masalah kat ask.fm akak ni :)

Akak, ade kwn saye ni, non Muslim tpi nk msuk Islam. Tpi parent die takkasik. Kwn saye bru 14 thun. Akak rse camne nk buat?

Aaseeff jiddan, akak ambil masa yg agak lama nak jawab soalan ini. Alhamdulillah, bagus dia ada niat nak masuk Islam. Itu yg kita sebenarnya risau, kerana sebenarnya ibu bapalah yg memainkan peranan penting dalam meng'Islamkan' anak-anak mereka. Seeloknya cuba cari cara memujuk ibu bapa dia supaya kawan awak tu dapat diselamatkan dari api Neraka.
Liked by: Muhd Fadlin

Bolehke perempuan pkai inai kat tangan dan jari.Klau inai kat tangan mksd saya mcm lukis bunga kat tangan.Saya selalu tngk org kahwin mesti lukis corak kat tangan dorang.Klau saya lukis pn,tp saya lukis kat belakang jari saya bolek ke?sbb,klau sy lukis pn lelaki bkn mahram x nmpk

Hmm, hukum memakai inai itu harus (atas dasar perhiasan) tapi saya pernah buat rujukan bahawa melukis bunga itu tidak boleh kerana seolah2 meniru perbuatan melukis tattoo.

Assalamualaikum kak :) Saya nak tanya betul ke kalau kuku yang pendek tapi tak nampak isi daging solatnya tidak sah ? Ada sepupu saya cakap tak sah solat kalau mcm tu :/

Nurul Anis Suraya
Wa'alaikumussalaam. Aaseeffah jiddan dik, akak kurang pasti. Kalau ada dalil/nas yg sahih baru kita boleh percaya. Kalau sekadar dengar di mulut orang tapi tak ada sumber, kena check dulu kesahihannya.

Habis akk pakai niqab bila ?

Waktu keluar rumah la, qaul sunat, buka sebab peraturan kerajaan tak mengapa, saya bukannya ambil qaul wajib

Kenapa awak nak deactivated acount ni :( ni je sumber yang saya ada untuk bertanya pasal agama :( *nangis*

Ramai lagi orang yg lebih berilmu daripada saya. :)

Akak, kan nanah ngan darah tu najis, kt bdan sy ade bisul yg bru pecah, tpi nanah n darah tu x kluar semua, die kluar sikit2, tiap kali sy nk solat, sy bersihkan dulu, tpi kdg2 die tetap kluar sikit2, sah tak solat sy tu ?

Ya nanah dan darah, najis mutawassitah. Solat tetap tak sah kerana itu luka baru, bukan luka lama dan perlu mengulangi solat yg tidak suci daripada najis.
Liked by: Nurul Anis Suraya

Hahaha..bukan masalah peribadi pun, cuma soalan yg agak agak kureng sikit sprt menanyakan mandi wajib, dan seangkatan nya..hehe..saya malulah nk ask secara menunjukkan diri saya..ok..saya faham keadaan akak :D

Tak perlu rasa malu, kalau akak jawab itu orang lain boleh tahu jawapannya.
Liked by: Nurul Anis Suraya

ya mmg harus kita menyucikan diri sebelum menghadap Allah. tapi sila jelaskan dengan terang tentang hukum pada org yg bertanya, risau mereka salah memberi hukum pada org lain. harap maaf.

Pendosa2013’s Profile PhotoAl-Mustaqim
Ya, HUKUMNYA TADI SAYA TERANGKAN SECARA BERLAPIK SEBAGAI PANDUAN KEPADA YG MASIH BARU. :)

Assalamualaikum kak :D kenapa akak block to ask anonymously? Bukan apa? Saya selalu tanya akak tentang sesuatu perkara, tapi sesetengahnya melibatkan masalah diri saya sendiri. Jadi saya nk minta privacy :D

Wa'alaikumussalaam. Kalau nak privacy, boleh inbox Facebook akak http://www.facebook.com/alia.kayzer . Maaf, akak lebih selesa begini. Kalau orang yg suka menghantar soalan2 provokasi tu, nak tengok juga keberanian menunjukkan diri sendiri. Maaf, masih boleh tanya soalan tapi kalau nak cerita masalah kamu, buatlah soalan yg berkias.

maaf saya juga tak pasti. tapi ukhti boleh tanya kan ustaz azhar idrus. sebab saya ambil jawapan dari ustaz azhar idrus..

Saya berpegang pada Surah Yassin kerana sudah bertahun2 saya belajar perkara itu dan saya yakin. Tidak pernah saya dengar ustaz/ustazah/hafiz/hafizah mengatakan ttg Surah Al-Kahf sebagai The Heart of Holy Qur'an.

Peluh bukan najis. diharuskan menukar baju. tapi masih boleh menunaikan solat walaupun tidak menukar baju.

Ya betul la peluh tu bukan najis, tapi mengapa tidak kita mahu bersih bila nak menghadap Allah? Memang hukumnya harus, saya sebut secara kiasan tadi.
Liked by: AR’s ▼ min ▼

Tp peluh tu tak mengalir dngn bnyk,tak de la smpai basah lecun baju saya

Perlu juga sucikan diri daripada kekotoran.

Salah. Jawapannya adalah surah Alkahfi.. amalkan pada hari jumaat insyaAllah Allah jauhkan kita dari syaitan dan dajjal. :)

Ustazah saya cakap Surah Yassin...dan kebanyakan sumber yg saya rujuk juga Surah Yassin. Dan haritu ada teka-teki, "What Surah is known as the Heart of Qur'an?" daripada seorang Imam Masjid, pilihan jawapannya takda pun Surah Al-Kahf. Ya, memang lah, Surah Al-Kahf itu sunat sahih Juma'at, tidak ada pertikaian kerana ada dalil yg sahih.

Next

Language: English