@AtifaLiaa

The Queen

Ask @AtifaLiaa

Sort by:

LatestTop

Previous

atifah's , atifahs' , atifahs , atifah . perbezaannya?

Atifah's = kepunyaan Atifah
Atifahs' = merujuk kepada ramai perempuan yg mempunyai nama Atifah yang merujuk kepada kepunyaan mereka (tapi tak boleh digunakan sebab kata nama khas tak boleh digandakan)
Atifahs = Atifah yang ramai -____- (tak betul, saje2 je ni)
Atifah = Nama saya :D (seorang)
Bagus, guna nama saya sebagai medium belajar Bahasa Inggeris.

salam akak, nak tanye kalau lah kita buat puasa sunat time nak exam kan boleh tak niat sekali dengan niat untuk ganti puasa? lagi satu akak, boleh tak tulis niat puasa sunat dan puasa ganti. Terima kasih ^^v

Wassalaam 'alayk. Ya boleh, kalau kita berniat nak puasa sunat dan ganti terus, boleh disatukan puasa itu.
Niat puasa ganti:
نويت صوم غد عن قضاء فرض رمضان لله تعالى
Nawaitu sauma ghodin an’ qada'e fardhu ramadhona lillahi Ta'ala
*sebut qada' - e , macam sebut 'an adae' dalam niat puasa di bulan ramadhan .
*ramadona - dho adalah huruf dod - sebut d (dengan lidah menyentuh lelangit)
Maksud: Sahaja aku puasa esok hari kerana ganti fardhu Ramadhan kerana Allah Ta'ala.
Niat puasa sunat tu err....cuba tanya yg lebih senang dirujuk sebab kebiasaannya akak baca untuk puasa sunat hari-hari tertentu. (contoh hari Arafah dsb)

Asslamualaikum akak, saya masih pening, boleh terngkan. Ini aurat perempuan. Aurat perempuan dgn ayahnya? Aurat perempuan dgn sedara laki yg sudh sunat dan belum baligh? Aurat perempuan dgn abg-ii mak dan ayah? Macam mana tu. Boleh terangkan? Syukran

Wa'alaikumussalaam.
Aurat perempuan dengan ayah = Sama seperti aurat bersama MAHRAM.
Aurat perempuan dengan adik-beradik lelaki kepada mak dan ayah = Sama seperti aurat bersama MAHRAM.
Aurat perempuan dengan SUAMI kepada adik-beradik perempuan mak dan ayah = Sama seperti aurat bersama BUKAN MAHRAM.
Aurat perempuan dengan saudara lelaki (sepupu) yg sudah berkhatan dan belum baligh = Sama seperti aurat bersama BUKAN MAHRAM (bermaksud jika dia belum baligh sekalipun, dia sudah bergelar mumaiyyiz [dapat membezakan yg benar dan salah] maka tidak boleh mendedahkan aurat kepadanya).
Berikut merupakan tafsir Surah An-Nuur ayat 31 tentang perintah Allah kepada kaum perempuan, kepada siapa dia boleh mendedahkan auratnya.
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya."
[An-Nuur: 31]
Semoga bermanfaat :)

View more

Related users

Hehee, Assif Jiddan akak.. Ainul tak ingat :/ In Shaa Allah, tak mahal xD Saya kumpul duit daripada sekarang :)

Alaah, kalau tak cukup duit boleh akak poskan duit untuk Ainul je :) Nak? Akak poskan duit? Hehe. Ke Ainul nak belanja? Heeeeeee

Saya nak berubah.Tapi saya bukanlah jahat sekarang ni. Cuma ingin berubah ke jalan ALLAH. Bantulah saya.

Alhamdulillah, mulakanlah dengan mula menjaga aurat, menjaga ikhtilat, menjaga tutur kata, buat solat-solat sunat, lebihkan bacaan Al-Qur'an dan sentiasa berniat melakukan segalanya kerana Allah, insya-Allah :)
Liked by: ن

Sama-sama ;) Okay bos! :D Nanti, bila Ainul pergi kedai tu lagi, Ainul belikan untuk akak warna hitam 3 lapis :3

Awww akak sukaaa <3 Berapa ringgit ya? Tak mahal ke? Nanti membazir duit awak je, hehe

assalamualaikum sahabat2 sekalian..suka ilmu x? nak share skit ni,, ilmukn perlu dikongsi bersama.. dlm quran ada 6236 ayat dan 114 surah, hafal tau! itu je.. jazakallhu khairan khatira :))

anwarfadil’s Profile Photomuhammad anwar bin fadil
Wassalaam 'alayka :)
Liked by: ن

Saya belikan :D In Shaa Allah, saya akan belajar pos xD

Waaa, terima kasih T.T *terharu* nanti dah tau nak pos, mintak alamat akak ye, hehe
Liked by: fatin.

Jangan amal sangat bangun lewat tu,nanti bila dah kawin laki pun boleh lari sebab hari-hari dapur tak berasap pada waktu pagi.

Maaf tapi saya bukan jenis bangun lewat sebab sesungguhnya rezeki itu datang pada waktu Fajr.

Adakah dajjal ni ikut apa yang Allah arahkan dia untuk buat

Maaf, tentang hal itu saya tak pasti. Lebih baik tanya yg lebih arif. Saya cuma belajar tentang Kiamat tapi tak belajar pula tentang aktiviti Dajjal.

ukhti, kalau masa tu period dah habis but at the same time, rumah kita tak ada air paip takpe ke lambatkan mandi wajib?

Hmm, saya tak pasti lah. Seeloknya tanya yg lebih berilmu dalam hal ini.

Next

Language: English