@AtifaLiaa

The Queen

Ask @AtifaLiaa

Sort by:

LatestTop

Previous

Related users

Saya tengok sekarang nie ramai yang berhijrah dengan tibe-tibe. Hmm? Taktahu lah kalau memang dia dapat hidayah betol-betol. Hmm? Terkadang saya terfikir, adakah ini suatu trend? Allahu, :')

Trend atau tidak itu rahsianya dgn Allah. Biarpun trend, lama-kelamaan mereka akan ikhlas. Jangan meragui penghijrahan seseorang. Sentiasalah husnuzhon.
Liked by: Adawiyah.

kalau yg tidak bersentuhan still haramkan kerana menyalurkan rasa hati kepada pasangan yg bukan muhrim..betul tak??soalan tentang hukum bercouple..

Ya betul. Ia akan menimbulkan zina mata.

Assalamualaikum...Saya mahu tanya pada ukhti, kalau kawan abang kita datang rumah, boleh ke kita tak pakai tudung?? Maksud saya, kalau kawan abang kita tu ade dalam bilik. Tapi masa tu kita di ruang tamu. Dia tak nampak kita. Macam mana ye?

Wa'alaikummussalaam. Jika dia tak nampak tak mengapa. Jika risau mereka keluar bilik, bawa je tudung tu kemana2 :D
Liked by: Nrsyq1nh

kalau yg tidak bersentuhan still haramkan kerana menyalurkan rasa hati kepada pasangan yg bukan muhrim..betul tak??

Maaf ini drpd soalan yg mana ya? Saya terima banyak soalan di sini, mohon jelaskan kesinambungan soalan kamu.

Kalai dekat dalam rumah akak pakai tudung ke..??

If ada bukan mahram akak pakai la. If takda, family saja, tak pakai

Assalamualaikum dik. Akak nk tye. Tabarruj tu berlebih lebihan ye?

Wa'alaikummussalaam. Tabarruj itu maksudnya berhias (biasanya dikaitkan dgn berhias berlebihan)

Saya nie seorang yang kurang berkeyakinan ketika membuat keputusan. Keputusan yang saya buat selalunya base on pendapat kawan-kawan sekeliling. Hmm? Macamana tu? :/

Jika kamu nak yakin dalam setiap perbuatan kamu, maka sentiasalah amalkan solat sunat istikharah. Insya-Allah dipermudahkan urusan utk membuat keputusan :)

Assalamualaikum Sis :) saya nak tanya, apakah hukum bagi seseorang itu bercouple *especially remaja kerana saya seorang remaja...saya tengok yg berhijab pun bercouple....mohon penjelasan

Wa'alaikummussalaam. Jika bercakap ttg hukum bercouple trend zaman sekarang, mmg haram kerana ada adegan menyentuh2 sana sini. Tak perlu bercouple pun sebenarnya, cukup sekadar ta'aruf.
Rasanya lebih baik main game daripada sibuk fikir hal couple :D
Liked by: Qowiy.

....dia sindir saya dan cakap,yang saya ni alim tapi masih jugak melawan & menyakiti hati dia.Apa yang prlu saya buat.Saya nak solat,nak mnta tolong kat Allah,tp skrg ni saya tengah uzur.Tlonglah saya,saya tak nak berdosa dkt ibu saya....(T-T)

Wa'alaikummussalaam. Salah satu cara yg paling berkesan utk gugurkan dosa kamu terhadap ibu kamu adalah dengan cara meminta maaf daripadanya dan bertaubat. Moga kamu dipermudahkan urusan insya-Allah :)

Assalamualaikum kak. Tinggi saya 156 cm. Saya nak beli tudung labuh, tapi saya taktahu bidang berapa yg sesuai dengan saya. Boleh akk cadangkan? Bidang 50, 55 atau bidang 60?

not yo type of girl
Akak tinggi 161cm, 2 bulan lepas akak pakai bidang 50 dan itu cukup labuh sehingga menutup 1/3 lengan. Akak cadangkan bidang 55. Ikut ketinggian kamu, bidang 55 akan tutup sehingga 2/3 lengan :)
Liked by: Adawiyah.

Assalamualaikum ya ukhti. nak tanye tentang niat solat. kite kene niat semasa angkat takbir kan? sy dah cube, tapi still tak bole. sy niat then br angkat takbir. sah ke solat? syukran jazilan

Wa'alaikummussalaam. Niat solat dilakukan sebelum takbiratul ihram :)
Liked by: Nrsyq1nh

Akak, kalau kita jadikan seorg lelaki itu sbgai abg ankat tak salah kann??

Untuk apa? Jika ia menimbulkan fitnah, tak perlu. Tidak digalakkan kerana ianya bukan ikatan yg sah.

Akak boleh tak kongsikan sedikit bahasa arab dan maksudnya sekali...teringin nak belajar :) Harap boleh ye.. :D

Akak tak berapa pandai Bahasa Arab dan lagipun akak takda cukup masa nak jawab satu soalan lama2. Maaf ya. Ni pun rushing jawab soalan yg banyak tertangguh.

Assalamualaikum. Akak, dosa syirik khafi juga tidak akan diampunkan?

Wa'alaikummussalaam. Disebut dalam satu hadith hanya syirik jali sahaja yg tidak akan diampunkan. Dosa syirik khafi akan diampunkan JIKA kita bertaubat nasuha dan berjanji tidak akan melakukan syirik khafi lagi.
Asiff jiddan, tadi salah jawapan :D
Liked by: Nazihah

Ukhti kiutt ! Jazakillahu khairan kathira :B Moga ukhti berjaya menjadi hamba-Nya yang solehah dunia dan akhirat .

Ukhti kiut? Memang tak valid. :O
Wa 'alaykum aidhan. :)
Liked by: Nazihah

Next

Language: English