@AtifaLiaa

The Queen

Ask @AtifaLiaa

Sort by:

LatestTop

Previous

Related users

apa dugaan dan kenangan yg tak leh dilupakan msa first pkai niqab? :)

Dugaan dan kenangan? Saya tak terima banyak sangat dugaan dan kenangan bila pakai niqab sebab saya sendiri belum istiqamah. Cuma lepas habis sekolah, baru saya akan istiqamah insya-Allahu ta'ala ameen :)
Kali pertama saya sarungkan niqab, kebanyakan sahabat2 saya menyokong. Alhamdulillah :)
Liked by: Fahira Suhairi

Salam akak, mcm mane nk suruh kawan kite ni solat? Dah tunjuk dosa tggal solat smue tpi die still tak solat.

Wassalam. Dia sendiri yg kena pilih jalan berubah. Allah dah cakap dlm Surah Ar-Rad ayat 11, Allah takkan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka sendiri itu yg mengubahnya. Mungkin menunjukkan dosa2 meninggalkan solat sahaja tak cukup, sebaliknya kita kena cuba tolong dia dgn cara lain. Mungkin kamu boleh ajak dia sleepover di rumah kamu dan kamu ajak dia solat?
Kalau dia still taknak juga, cakap kat dia. Amalan pertama yg Allah akan hisab di akhirat kelak adalah solat, jika dia tak solat, maka sia-sia sahaja dia tinggal dalam dunia ni :)

assalamualaikum kak! saya nk tnya kalau saya puasa sunat sekali dgn puasa ganti, sah tak puasa saya? contoh, kalau saya puasa sunat maal hijrah sekali puasa ganti. dan, niatnya kena baca sekali atau macam mana?

Wa'alaikumussalam. Sah puasa tu. Cuma lebih afdhal if puasa berasingan. Kalau nak puasa maal hijrah + puasa ganti, baca niat puasa maal hijrah, pahala dapat utk puasa maal hijrah and puasa ganti

Assalamualaikum ukhty, ana nak tanya antara inni akhafullah dgn inni akhaf allah. yang mana satu maksudnya sesungguhnya aku takut kepada Allah?

Wa'alaikumussalam. Kedua2nya sama sahaja maksydnya cuma inni akhafullah itu gabungn, inni akhaf Allah tak gabung. Better guna inni akhafullah.

Macam mana nak kasi tak nampak aurat perempuan zaman sekarang ni ? -lelaki

Mudah sahaja, jaga pandangan. Allah perintahkan lelaki2 yg beriman supaya menundukkan pandangan mereka dari melihat perkara yg mungkar. [Surah An-Nuur ayat 30].
Menundukkan pandangan bukannya bermaksud kamu kena tunduk apabila berjalan, tapi hanya pandang ke arah destinasi kamu sahaja. Jangan pandang sekeliling jika tahu terdapat ramai perempuan yg tidak menutup aurat. Melihat aurat orang, berdosa kecil. Jika kerap melihat aurat orang, berdosa besar.
Liked by: Fahira Suhairi `

Haram bagi Islam menyambut atau mengucapkan perayaan agama lain. betul ke kak ? Boleh bagi penerangan tak ..

Ya, orang Islam tak boleh sambut perayaan agama lain. Cnthnya Hari Krismas (agama Kristian) = haram orang Islam sambut. Jika dikaitkan dgn agama, terus haram. Kalau perayaan bangsa, harus. Perayaan agama, haram.

seorang ukhti ni...dia yg kate.. tanye yg lebih arif? ok..nanti bg tau ana ye.. syukran ya ukhti :)

Saya ada tanya seorang akhi yg agak ahli dalam hal ini. Dia cakap ada satu pendapat kuat dr Mazhab Syafie mengatakan bhw dagu bukan aurat kerana sebahagian drpd muka. Sah solatnya, tapi janganlah pendedahan dagu itu terlalu menonjol.

Assalamualalaikum atifah. ni Mina ni. nak tanya sikit betul ke yg tidak sah solat seseorang itu sekiranya ada bulu kucing di bajunya atau di tempat sembahyang? ternampak orang tweet tadi. tapi nak kepastian sebelum RT.

Wa'alaikumussalam. Setahu saya bulu kucing bukan najis maka sah solat seseorang walaupun ada bulu kucing di tempat solat. Saya pernah nampak ada orang yg agak ahli dalam hal ni, dia cakap bulu kucing bukan najis maka sah solatnya.

Assalamualaikum ukhty, ana ada satu soalan. Apa itu khilaf?

Wa'alaikumussalam. Khilaf ada 2 maksud.
1. Kekurangan
2. Percanggahan pendapat (biasanya antara ulama' dlm menentukan hukum yg tidak terdapat dlm Al-Qur'an).

Kalau Allah tak turunkn Rasulullah ke dunia ni utk m'perjuangkan Islam, bagaimana keadaan kita skrng agak-agaknya? Di manakah kita sekarang? Apakah yang sedang kita lakukan sekarang? Adakah kita sedang bersujud di hadapan patung yang tidak bernyawa? Besar pengorbanan Rasulullah kpd kita. Kan akk? :)

Ya betul tu. :) Tapi jgn tanya soalan2 mcm ni. Diluar fikiran manusia

tapi.. ade yang kate..Hukumnya tak berdosa sebab mereka belum tahu. Tapi selepas tahu, jatuh hukum berdosa jika tak buat. Kalau nampak ada kawan kita masih tak menutup dagu, itu tanggungjawab kita untuk membetulkan... #pendapat ukhti pula?

"ade yang kate.." tu adakah ulama' atau pendapat sahaja? Kita ambik yg basic, syarat sah sahaja sudah cakap tutup aurat. Saya sendiri tak pasti, insya-Allah saya tanya yg lebih arif.
Ya, memang menjadi tanggungjawab kita. Tapi lepas nasihat but dia still tak ikut, terpulang kalau kamu nak terus menasihati sebab bila kita dah nasihat pertama kali walaupun dia tak ikut, dah terlepas tanggugjawab kita terhadap orang tersebut :)

Q: Apa hukum kalau solat tapi tak tutup dagu? A: Hukumnya solat tak sah.. Dagu itu merupakan aurat ketika solat. Wajib tutup. #soalan nye.. kalau diorang tak tahu cemane ye?

Kalau tak tahu pun still tak sah solat dia sebab syarat sah solat, tutup semua aurat (bagi kedua2 lelaki dan perempuan). Sebab tu telekung tu dah direka khas ada kain pelapik di bahagian dagu, tu untuk tutup dagu la :)
Liked by: Adawiyah.

assalamualaikum atifah , nak tanya boleh ke potong kuku time period ?

Wa'alaikumussalam. Boleh, tapi seeloknya jaga kebersihan iaitu selepas potong kuku tu, simpan dan bila nak mandi junub nanti, bersihkan sekali kuku tu. Bimbang di akhirat nanti Allah persoal mengapa kuku sendiri (yakni kebersihan sendiri) tak dijaga. Kebersihan penting dalam Islam, "Annadho fatu minal imaan" "Kebersihan itu sebahagian daripada iman" :)
Liked by: Adawiyah. Ney Nabila

Ukhti, ana nak tanya? Macam mana nak elak diri kita mengumpat orang? Biasalah kalau perempuaan ada saja cerita nak digosipkan. Bila dah buat, rasa menyesal pun ada :/

Ingat saja, bila dah nak start mengumpat tu fikir, BERDOSA sebab kita sebar aib orang. Nanti di akhirat, Allah buka balik semua aib kita sebab kita buka aib orang. Kalau dah terjebak in a group yg mengumpat bagai, kalau boleh lari drpd group tu. Kalau takut mereka terasa hati, tutup sahaja telinga atau buat benda lain sehingga aktiviti lain tu dapat ganggu fokus kamu terhadap umpatan tu.

ZINA HATI boleh jadi dalam keadaan yang kita tak sedar... Kita MERINDUI seseorang. .Sampai kita lalai, leka, mendatangkan syahwat dan nafsu.... # betul ke? apa pendapat ukhti?

Yup betul, itulah keadaannya zina hati. Apa2 sahaja yg bkaitan dgn perasaan yg lalai atas ikatan yg tidak sah, itulah zina hati.
Liked by: Adawiyah.

Tuulaa , hihi ^-^ . Taktahu nak buat apa da sekarang nie . Pergi mana2 ? Err , tak tahu lagi laa .

Oh okay2. Takpalah...harap2 sangat cuti ni tak bosan sangat. Hehe ;)

Next

Language: English