@AtifaLiaa

The Queen

Ask @AtifaLiaa

Sort by:

LatestTop

Previous

Kak td sy tnampak ex bf sy dkt lmn sosial ni. Lpstu username dia lbey krg mcm saya. Sy ingat dia tiru sy sbb dia minat saya, tp sy ni bodoh kk, sy ni cpt prsn. Padahal xdepape pn. Smua org boeh buat mcm tu kak. Sy benci dia & diri sendiri. Apa ptut sy buat kak. Confius. Mengacau jiwa le benda ni....

Biarkan sahaja, perasaan macam ni normal lah. Takda gunanya kalau kamu syok dia suka kat kamu sebab yg penting, kita kena dapatkan cinta Allah dahulu, kemudian barulah fikir pasal cinta sesama manusia :) Fokus pada mendapatkan khusyu' solat dulu.
Liked by: Aiman Amani NaSaLiA

Assalamualaikum kak..saya nk tanya..semsa saya mandi wajib, saya rasa nk kencing pulak..jadi saya pergilah kencing..so..persoalannya..mcm mana niat mandi wajib saya tadi..adakah terbatal ataupun masih boleh diteruskan mandi tersebut...

Wa3laykummussalaam. Kamu boleh membuang air kecil ketika sedang mandi wajib, cuma dinasihatkan agar anda perlu membersihkannya setelah membuang air kecil tersebut.
Tambahan:
Mandi wajib anda dikira tidak sah jika anda tidak berniat mandi wajib, tapi air mandian tidak sampai ke seluruh anggota anda. Justeru anda perlu memastikan tentang perkara ini bagi menjamin mandi wajib anda itu sah dari segi syara'. Wallahu a'lam.

Saya cakap In Shaa Allah kat kawan. Dia invite dtg rumah terbuka masa malam. Tapi rasa teragak nak gy sebab tu rumah lelaki dan ramai kawan perempuan saya ckp tknk pergi. Tak tahu dah nak pergi ke tak. 8pm-12 katanya

Terpulang pada kamu, jika rasa tak selesa dan hanya melebihkan perkara2 yg lagha, maka elakkanlah. Jika kamu rasa nak rapatkan ukhuwwah, maka pergilah.
Liked by: Aiman Amani

Related users

Akak, ade gmbr gmbr lama saye yg kat dlm fb tak boleh nak delete lah kak. Mcm kat cover photos tu. Gmbr tu ade lah nmpk aurat tgn/kaki sikit sbb mase tu saye jahil lagi. Camne ni kak?

Hmm, kalau boleh pakat dengan kawan kamu suruh report gambar tu, selagi aurat kita terdedah di internet selagi itu amalan kita susah untuk medapat kekhusyukan. Tapi bukan ke cover photos boleh delete? :o
Liked by: Aiman Amani

Akak, perempuan boleh tak potong rambut sendiri? Ada yang cakap perempuan potong rambut sendiri, jamin jadi ahli neraka. Tapi saya tak jumpa pula dalil macam ni.

Akak pun tak pernah jumpa lagi dalil macam ni. :)
Liked by: Aiman Amani

Ukhti tau tak kat mana blh dpt buku hadis sahih yg ada tntg hukum hakam agama.Sekarng ni ssah nak tau samada tweet agama kat twitter btul ke dok

Carilah dekat mana2 cawangan kedai buku Islamik, insya-Allah ada :) ya, memang susah nak percaya tweet agama sekarang, kebanyakannya hanya copy & paste tanpa memeriksa asal usul.

Munafik tu apa?riak tu apa?Saya tkut la klau sya terglg dlm glgn tu,macm mana nk atasi

Berdasarkan hadith berikut, munafik mempunyai 4 ciri =
Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:
“Ada empat perkara, sesiapa yang melakukannya maka ia adalah seorang munafik tulen. Sesiapa yang melakukan satu daripada empat perkara itu, maka ia mempunyai salah satu daripada sifat munafik, hingga dia meninggalkannya . (Empat sifat itu ialah) apabila dipercayai ia khianat, apabila bercakap ia berdusta, apabila berjanji ia mungkir dan apabila bertengkar ia mengenepikan kebenaran. (Menegakkan benang basah) “.
[Riwayat Ahmad]
Maksud riak pula ialah tidak ikhlas menunaikan ibadat atau melakukan sesuatu dengan mengharapkan balasan yang setimpal. Sebagai contoh seorang lelaki atau perempuan yang bersolat sambil mengharapkan agar ada orang yang memerhati dan memuji kerajinannya.
'Ujub bermaksud bangga akan diri sendiri, merasa kagum terhadap diri sendiri kerana kelebihan atau sesuatu yang terdapat padanya. Diri sendiri yang dimaksudkan adalah berkaitan peribadinya, orang kelilingnya, harta benda, kecantikan, kepandaian, anggota keluarganya atau apa sahaja yang dekat dan akrab dengan dirinya.
Takabbur berasal daripada perkataan bahasa arab ‘takabbara’ yang membawa maksud sombong. Perkataan takabbur telah diterima pakai sebagai salah satu perkataan Bahasa Melayu. Di dalam kamus dewan edisi ke empat mentakrifkan 'takbur' sebagai berperasaan tinggi diri dan suka menganggap diri sendiri lebih mulia, lebih pandai, lebih cerdik dari orang lain. Manakala sombong ditakrifkan sebagai tinggi hati, angkuh dan bongkak.

View more

Assalamualaikum.Saya keluar ke rumah and the first time in my life wearing tudung labuh.Tp knpa org tngk saya mcm plek.Semacam je.Macam saya prnh buat silap kat dorang.Mngkn mereka tngk saya sebab saya jln dngn cousin sy yg pkai shorts.Sejujurnya,saya malu kt cousin sy.Nk tegur,tp saya x rpt ngan di

Wa3laykummussalaam. Mungkin, tapi itu perasaan kamu sahaja kot. Sebab akak pernah keluar pakai tudung labuh bersama org yg berpakaian akhir zaman, orang buat taktahu je. Biasalah tu, baru first time. If nak tegur dia, tegurlah secara berhikmah bukannya cara kasar. :)

Salam, akak, I love you in arabic ape? :D

Wassalaam 3layk.
Uhibbuki = utk perempuan
Uhibbuka = utk lelaki
Uhibbukum = ramai
Tambah fillah selepas uhibbuki, jadi saya mencintai kamu kerana Allah.

Apa perasaan bila kakak sendiri cakap buruk pasal kita hanya sebab seorang jantan? And Jantan tuh adalah ex anda? Dia menuduh anda 'Gila Batang'. Apa maksud dia? Tlong,answer it :'(

Perkataan "Gila Batang" tu agak menganggu saya kerana ianya agak kotor. Perasaan saya? Mestilah marah tapi biarlah, redakan sahaja sifat marah, sifat shaytan itu, yg baik dibalas baik, yg jahat dibalas jahat. Berdoa sahaja agar hati dia lembut dan kembali ke jalan yg benar. :)

Kenapa ek ramai org ska kutuk niqabis.Saya wlupn bkn niqabis pn terasa.Saya ada tngk satu video kat youtube,dorang kutuk cara niqabis mkn,dorang ckp niqabis pengotor dr cra mereka makan.At French pn ada org yg pakai niqab but wearing short skirts and theu called theirselves as Niqabitch.

Biasalah manusia, umat akhir zaman pula, ini semua ujian yg menimpa niqabis dan para mujahidah Islam. Ya benar, saya pernah terdengar pasal Frenchwomen memakai skirt sambil pakai niqab. Sabarlah di atas dunia, sesungguhnya Allah akan membalasnya di akhirat kelak dengan azab yg amat pedih bagi mereka yg menolak Al-Qur'an dan As-Sunnah. Teruskanlah berjuang.

Boleh ke kalau perempuan bernasyid ? Bukankah suara itu aurat bagi seorang perempuan ?

Ya, harus bagi perempuan bernasyid di hadapan perempuan sahaja. Menurut Mazhab Syafie, haram bernyanyi di hadapan ajnabi walaupun nasyid. Mazhab Hambali, longgar sikit..

boleh tak kalau orang berpurdah pergi tengok wayang? tapi bukan tengok cerita yg banyak censored scenes -.-

Tidak digalakkan kerana kebiasannya wayang ni tempat couple datang dan buat maksiat, bermanja sana-sini (eh macam mana saya tahu? :D) tapi asalkan ditemani oleh mahram dan bersama mahram maka dilonggarkan sikit. Seeloknya elaklah. Saya tak pernah lagi lihat orang berpurdah memasuki tempat menonton wayang so far.

BUMI AKAN GELAP SELAMA 3 HARI. 23 HINGGA 25 DISEMBER 2012.SEBARKAN ! INI BUKAN KIAMAT TETAPI BUMI MATAHARI DAN BULAN BERADA DALAM SELARI . betul ke ni atifah?

Wallahu a'lam, kita tengok sahaja apa yg akan berlaku nanti. Jika ia datang maka redha sahaja. Jika tidak, maka ini adalah sumber yg tidak sahih yg menimbulkan konspirasi semata-mata.
Liked by: Aiman Amani

hi, sepatutnya u no need upload gambar u. 'seorang perempuan sejati tidak memandang & x dipandang' just in my own opinion. Sorry if I'm using harsh words. but, as a muslim kita kena tegur kan? Saya lelaki. Wsslm

Assalaamu3laykum. Bagi saya jika gambar itu dipandang dari sudut yg baik, maka baiklah ia. Ya terima kasih, pergi tegur berjuta2 Muslimah2 lain lagi di luar sana yg upload gambar ya.

Aiyoo! Yg kuar paper tu psl ribena lah. Yg awak kuar starbuck tu anonymous lain yg tny. -,- btw, starbuck halal ke tak?

Saya keluar Starbucks? Hahah -.-" Dengar cerita tak halal tapi takle la su'uzhon. tak tahu sejauh mana kesahihan dia. Kena rujuk dulu.
Liked by: Aiman Amani

Mana lebih afdal , solat awal waktu atau solat berjemaah ?

Setahu saya, berjemaah adalah lebih afdhal kerana ia mempunyai kelebihan 27 darjat lebih daripada solat awal waktu bersendirian. Insya-Allah. Wallahu a'lam.
Liked by: Aiman Amani

Next

Language: English