@AtifaLiaa

The Queen

Ask @AtifaLiaa

Sort by:

LatestTop

Previous

Assalamualaikum , kak saya nak tanya apakah hukum jika kita (perempuan belum baligh) tidur sebilik dengan abang kandung ? Adakah haram ?

Wa'alaikumussalaam. Tidak haram jika tidak menimbulkan fitnah. Jika orang lain asyik cakap takut terjadi sumbang mahram, seeloknya elakkanlah.
Liked by: T

Salam kak , apakah seorang perempuan yang belum baligh ,dosanya ditanggung oleh ibubapa meski pun dia sudah berumur 14 ? Ataupun dia sudah menanggung dosanya sendiri ?

Wassalaam 'alayk. Seseorang yg belum baligh tapi sudah digelar mumaiyyiz (dapat membezakan yg haq dan yg batil) maka dosanya tetap ditanggung olehnya.
Menurut Surah Al-An'aam ayat 164:
"..........Dan tiadalah (kejahatan) yang diusahakan oleh tiap-tiap seorang melainkan orang itulah sahaja yang menanggung dosanya; dan seseorang yang boleh memikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja); kemudian kepada Tuhan kamulah tempat kamu kembali, lalu Ia menerangkan kepada kamu akan apa yang kamu berselisihan padanya."
[Al-An'aam: 164]
Tidak tertanggung dosa seseorang oleh orang yg lain melainkan dia sendiri yg menanggungnya, kecuali yg benar2 diterangkan dalam dalil atau nas syara' tentang si suami atau ayah yg perlu menanggung dosa anak/isteri. Wallaahu a'lam bisshowab.

View more

Related users

haram kan jika cukur bulu kening?

Begini ya.
Hukumnya harus mencukur bulu kening jika bulu kening itu menimbulkan aib diri sendiri, contohnya orang lain mengejek. Tapi diingatkan, bukan cukur semua, cukur setakat mana yang timbul aib sahaja. Dan lagi, timbul aib diri sendiri ni muncul bila orang lain yg mengejek. Kalau diri sendiri yg rasa tak cantik tapi orang lain tak ejek, tu bukannya dikira timbul aib, tapi syok sendiri.
Hukumnya haram mencukur bulu kening jika saja-saja, atau nak nampak cantik, atau nak tabarruj.

Assalamualaikaum Kak. Nak tanya, macam mana akak buat yg kotak kecik2 dekat dalam blog akak tu. Yang dekat ruangan "My Prayers" tu?

Wa'alaikumussalaam. Erm, memang ada kat blogskin yg akak guna, akak cuma modify je. Ni coding dia:
<*img src=*http://1.bp.blogspot.com/-UJYpFZfotDA/TwNh1Rgw_lI/AAAAAAAAArY/Syl-YC3RHc8/s1600/wish27.gif*> *REPLACE THIS WITH YOUR WISH (NOT TICKED)*
<*img src=*http://2.bp.blogspot.com/-zvmcvo4YhwA/TwNh1gqcnUI/AAAAAAAAArg/-d6b1tkf1xc/s1600/wish28.gif*> *REPLACE THIS WITH YOUR WISH (TICKED)*
(Buang semua tanda *)

Alssalamualaikum I'm from maddinah & i want to say i'm here if you need to ask about any thing .. mmm I have a question , what other people asked you ?? i mean i didn't understand your language & i want to do

Wa'alaikumussalaam. These people are asking me about questions related to curiosity in Islam, as for if they're curious or aren't sure about things related to Islamic rules, they'll ask. Not 100% I know, but at least I'm trying to help.

Apa beza berbohong dengan berhelah? Just curious ._.

Entahlah, saya nak terangkan pun susah. Seeloknya tanyalah Kamus Dewan ya sebab saya bukan Kamus Dewan.

kalau kita garu time solat pun takleh lebih tiga kali kee?

Beginilah ya, saya belum arif tentang solat ini tapi apa yg saya tahu, tidak dibenarkan bergerak melebihi 3 kali dalam solat yg pergerakannya tidak ada kaitan langsung dengan solat. Contohnya seperti menggaru-garu, mengeluarkan lidah dsb.

Salam akak, kalau kita tersedu dalam solat, boleh batal ke? Bukan ke tak boleh melebihi 3 kali gerakan berturut-turut?

Wassalaam 'alayki adikku sayang 'till Jannah insya-Allah <3 Tersedu itu melibatkan 2 benda. 1. Bacaan akan terganggu. 2. Pergerakan yg berturut-turut. Seeloknya berhentikan dahulu sedu itu kemudian teruskan solat semula, bimbang dengan sedu ini akan menganggu solat kita dan jadikan solat kita tak sah pula :)

mcam mana kalau kita minat kpop to the max?

Minat K-Pop to the max tu macam parah bunyinya. Kalau melebih2kan K-Pop berbanding ibadah, tu maksudnya dah terjerumus dengan bisikan shaytan dah tu. Nauzubillah...lebihkanlah ibadah berbanding segala-galanya di dunia ini, dan bertaqwalah kalian kepada Allah.

kita tak boleh kan guna gambaq orang lain taruk kat DP/twitcon kita ? sebabnya takut orang yg dalam gambaq tu tak redha kita guna gambaq dia tanpa kebenaran... betul tak ?

Ya betul.

kalau dalam solat . kan tak boleh gerak 3 kali berturut-turut . contoh kita dah gerak 3 kali , n tbe2 kaki kita ternampak . maknanya batal terus la walaupun tutup kaki tu ?

Tak batal..
Liked by: Nurul Anis Suraya

suka ustaz azhar idrus tak?

Suka as for what? Suka as for his ceramah and segala nasihatnya yg berguna, insya-Allah. Tapi, tidak terlalu ta'asub.

adakah awak on9 setiap hari atau kadang2 saja?

Kadang2 sahaja lah, online ni sebagai satu aktiviti sampingan sahaja.

Akak, apa maksudnya dengan zina hati? Boleh terangkan tak? :)

Em...membayangkan melakukan hubungan mesra bersama bukan mahram / membayangkan melakukan persetubuhan dengan bukan mahram. Nauzubillah, moga dijauhkan zina hati ini.

Next

Language: English