@AtifaLiaa

The Queen

Ask @AtifaLiaa

Sort by:

LatestTop

Previous

Related users

Assalamualaikum, saya ni mengaji merangkak-rangkak. Tapi saya teringin nak baca Quran dgn lancar. Terutama Surah Yassin dan AL-Khafi. Emm, soalannya, boleh tak kalau saya cuma dengar Surah Yassin dan Al Khaf sbg pengganti untuk saya membaca 2 surah tersebut.

Wa'alaikumussalam. Alhamdulillah kalau kamu ada niat nak mengaji. Niat yg baik juga akan dikurniakan pahala insya-Allah :) Boleh sahaja. Allah akan kurniakan pahala juga pada mereka yg menghabiskan masa mendengar ayat2 suci Al-Qur'an. Bila kamu dengar tu, kamu cubalah baca juga. Dengar sahaja sudah dapat pahala, apatah lagi mencuba utk berjihad membaca ayat2 tersebut ;)
Semoga berjaya!

Maaf bertanya, saya baru ingin berjinak-jinak dalam mendalami ilmu agama ni. Saya nak tanya, apa maksud ukhwah fillah? :/

Ukhuwwah fillah = berukhuwwah kerana Allah
Ukhuwwah = bersaudara

Assalamualaikum, macam mana nak cure kan rabun jauh ni? :'/

Wa'alaikumussalam. Saya tak pasti, sebab saya sendiri rabun jauh haha. Saya nak buat lasik insya-Allah kalau ada duit.

Hukum anak angkat dengan ibu bapa angkatnya. Mesti ttup aurat di depan orang tuanya dan boleh bersalam ke?

Anak angkat and ibu bapa angkat tiada pertalian yg sah, maka wajib anak itu tutup aurat di hadapan ibu bapa mereka dan haram bersalaman dgn mereka kerana mereka adalah bukan mahram bagi anak itu.

Assalamualaikum kak :) apa maksud la tahzan ya ukhti , Uhibbuka fillah ?

Lewls’s Profile Photoirwinquiffin
Wa'alaikumussalam.
La tahzan ya ukhti = Jangan bersedih wahai sahabatku (perempuan)
Uhibbuka fillah = Saya mencintaimu/menyayangimu kerana Allah (ditujukan kpd lelaki)
Erti kata lainnya:
La tahzan ya akhi = Jangan bersedih wahai sahabatku (lelaki)
Uhibbuki fillah = Saya mencintaimu/menyayangimu kerana Allah (ditujukan kpd perempuan)
Ukhti = sahabat perempuan
Akhi = sahabat lelaki
Uhibbuki = ditujukan kpd perempuan
Uhibbuka = ditujukan kpd lelaki

Assalam'laykum kak tifa. Nak tanya, macam mana nak kasi diri kita ni supaya berubah ke jalan allah?

Wa'alaikumussalam. Perkara paling penting kita kena fikir is solat. Then aurat, sempurnakan dua perkara ni, solat di awal waktu, jangan tinggal. After soat buat dhikr, tasbid, tahmid, takbir semua tu. And then cuba tutup aurat dgn sempurna (terutamanya jika kamu perempuan) (dan akak rasa kamu perempuan :D) dan kemudian kamu boleh cuba utk buat solat2 sunat, perbanyakkan bacaan Qur'an. Insya-Allah dapat menjadi Muslimin/Muslimah sejati :)

Next

Language: English