@AtifaLiaa

The Queen

Ask @AtifaLiaa

Sort by:

LatestTop

Previous

akak,bukankah apabila imam dah sujud,kita kena ikut then lepas imam beri salam baru kita kerjakan rakaat yg tertinggal?

Allahu, maaf2, soalan tadi akak kurang faham. Ya ikut imam, kemudian kerjakan rakaat yg tertinggal. Asiff jiddan ^^"
Liked by: Fiz Aiman Amani

dosa tak kalau kita ambik gambar orang yang tidak menutup aurat?

Ambil gambar dan jika disimpan sahaja tidak berdosa, tapi jika kita menunjukkan ke ajnabi / khalayak ramai, itu sudah dikira kita menunjukkan aib orang, kerana aurat orang itu adalah aib. Kalau nak publish juga gambar tu, buat cara saya. Crop gambar ^^

Related users

Here a situation:Nak solat berjemaah kat surau.Bila sampai je, nampak dorang dah sujud.So, apa yang perlu kita buat.Ikut dorang sujud jgk or what?Mintak penjelasan *wink, wink*

Tak boleh teruskan ikut ya, sebab kita dah terlepas fi'li (perbuatan) imam dan makmum, maka kena solat bersendirian sahaja.

As salam kak. Kenapa akak letak gmbr dlm twitter sdgkan akak berpurdah. Someone asks me this. Cam ne kak nak jwb? Saya bingung kadang2 cm hina org yang pkai purdah.. huhu :-'(

Wassalaam 'alayk. Erm, semalam jadi isu macam ada orang nak buat provokasi. Nak explain panjang takut akak tersilap cakap, sebenarnya benda ni dah lama jadi isu. Tapi here it is, ini pendapat seorang senior niqabis dan akak ada setuju dengan statement ini, tapi ada juga akak tak setuju sikit.
http://statigr.am/p/341835578565995487_46525265
Bagi akak, nak upload gambar sebagai pengenalan diri itu tidak mengapa, tapi janganlah menonjol sehingga nampak mata yg menawan atau gambarnya terlalu dekat. Jika orang yg melihat gambar niqabis ni lama-lama, nampak macam sengaja nak cari kesalahan niqabis kerana niqabis ni sering dipandang tinggi. Wallahu a'lam bisshowab.

Kenapa umat islam dilarang memegang anjing.Ada tak apa2 hadis tentangnya? Asiff Jiddan

Penjelasannya macam ni, memegang anjing/babi itu tidak haram, tetapi binatang ini adalah najis Mughollazoh (najis berat) mengikut hukum fiqh Islam. Apa yang dinyatakan oleh hukum fiqh ialah apabila kita menyentuh najis Mughollazoh dalam keadaan basah kita dikehendaki menyucikannya dengan bersamak iaitu membasuh dengan air yang telah dicampurkan tanah sekali dan membilasnya dengan air mutlak sebanyak 6 kali. Yang Haram berkaitan babi dan anjing ialah memakannya bukan menyentuhnya.
Keadaan yang membolehkan kita sentuh anjing tanpa samak ialah ketika mana dua-dua dalam keadaan kering tapi jika mana salah satu nya basah wajib samak tapi kalau boleh elakkan la sentuh walaupun dalam keadaan kering ini kerana dikhuatiri timbul was-was betulkah ianya betul-betul kering. Tapi ini khas utk anjing sahaja kalau khinzir samada basah atau kering wajib samak.

View more

wajib ke tanam kuku yg dipotong waktu period ??

Tak wajib tapi seeloknya begitu, tapi jangan ingat itu wajib, itu tak wajib ya, sebagai langkah untuk menjaga kebersihan sahaja. Selain tanam tu boleh basuh kuku itu ketika mandi janabah (saya ulangi, sebagai langkah menjaga kebersihan) (tidak wajib)

klau saya tertelan kahak saya semasa sedand solat,batal ke solat saya.Sebab td,semasa solat,saya secara x sengaja tertelan kahak saya dan dalam masa yg sama,saya x dpt menahan nya lagi.And,batal ke wudhuk saya,sebab saya nak tunaikan solat sunat yg lain lg selepas solat isyak

Asiff lambat, yang ini juga saya buat rujukan. Jika kahak itu telah keluar dari liang kerongkong dan kita menelannya semula maka batallah solat tersebut. Perlu mengulanginya semula. Jika kahak itu sudah sedia ada dalam mulut sebelum mula solat (tapi keadaan ini agak pelik) maka tak batal. Jika ia asal daripada kerongkong (yang kahak itu ditarik keluar) maka batal solat.
Liked by: Aiman Amani

orang islam boleh ke sebut HALLELUJAH ? hallelujah tu maksud dia ape?

Hallelujah ini maksudnya seruan pemujian Tuhan, dan Islam ada caranya tersendiri dalam memuji Tuhan kita, iaitu Alhamdulillah (Segala puji bagi Allah), SubhanAllah (Maha Suci Allah), LailahaillAllah (Tiada Tuhan melainkan Allah), Allahu akbar (Allah Maha Besar). Pendek kata, cara memuji Allah adalah dengan cara bertasbih, bertahmid, bertakbir dan zikir2 sebagainya. Bimbang juga kalau hallelujah tu merosakkan aqidah :)
Liked by: Aiman Amani hafizah

blh kew kita jwb sje kat ask.fm ni tnpa publish kat profile? sbb ad sstgh soklan tu agk peribadi. :D skdr tny, tkut2 tahu :D

Tak boleh, kalau kat profile memang kena publish, except for dekat answer streams baru boleh kalau taknak publish :) Ya benar ada soalan memang terlalu peribadi. Ada soalan yg peribadi tu saya biarkan je dalam Questions ni.

Apa hukum owg islam pompuan pakai rantai salib?? Adakah dia kafiaq? ??

anwarfadil’s Profile Photomuhammad anwar bin fadil
Kafir itu maksudnya berpaling daripada ajaran Islam, untuk melihat samada seseorang itu adalah murtad (riddah) terdapat 3 cara iaitu: 1. iktikad (niat). 2. perkataan (mengisytiharkan). 3. perbuatan (keluar).
Haramnya seseorang itu membeli, membuat, mengukir mahupun membeli salib atas sifatnya sebagai salah satu syiar agama Kristian. Ini ditegaskan oleh Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah r.h.
“Tidak harus membuat salib samada dengan upah ataupun tanpa upah, begitu juga menjualnya atas sifatnya sebagai salib (syiar agama kristian) sebagaimana tidak harusnya membuat berhala dan menjualnya. Nabi SAW telah melarang perbuatan ini dalam hadith sahih:
"Sesungguhnya Allah mengharamkan penjualan arak, bangkai, babi dan berhala” "
[Majmu’ Fatawa 141/22]
Adapun dengan memakainya dengan sengaja jelas sekali tidak berfaedah. Niat tidak akan menghalalkan cara :)

View more

assalamualaikum kak , ada tips tak macam mana nak jauh diri dari riak ?

Wa'alaykumussalaam. Cepat2 istighfar bila dah terlintas riya' dalam diri sendiri. Bahaya riya' ini, ianya syirik khafi. Berdoa lah selalu agar iman ditetapkan, guna doa "rabbana laa tuziq qulu banaa ba'da iz hadaitanaa wahab la naa miladun karohmah innaka antal wahhaab" (Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya).
Insya-Allah, yg penting istighfar and niat nak buang perasaan riya' itu. :)

Kalau akak nak tahu, saya ni seorang hamba yang ketinggalan zaman T_T Kalau saya beli satu barang untuk orang ni, saya akan jumpa dia sebab saya langsung tak tahu pos-2 ni T_TV I repeat, TAK TAHU

Alorh kesiannya. Takpalah syg, hehe. Akak tak kisah pun :) Tapi nanti kalau nak beli niqab lagi, bagitau tau. Akak ada 3 helai niqab je sekarang. Jenuh nak membasuh hari-hari, hehe :D
Liked by: Aiman Amani

akak, contohnya lah, budak ni sekolah asrama and sekolah dia tu lebih dua marhalah. boleh ke dia jamak solat dia? dan di mana dia boleh jamak? sekolah ke rumah?

Asiff sebab lambat jawab, akak hold dulu soalan ni sebab nak buat rujukan. Sebenarnya akak kurang pasti lah dalam hal ni, tapi menurut beberapa sumber, dia boleh melakukan solat jama' dan qasar kerana dia sudah berada dalam status musafir. Tapi ingat bahawa musafir itu tak melebihi 3 hari. Buat solat jama' dan qasar itu di asrama, bukan di rumah.
Liked by: Aiman Amani

eh ada kuar nama dah?ades. urm. xpela. hang pi la tenangkan diri dulu. kalau nak ringan kan bebanan perasaan share je ngn ceq. takda hai lah. ceq ok jah.

Haha, ceq buat nama tak anonymous. Nanti ceq tukaq balik la. Insya-Allah, tapi ceq tak bape sihat la.

apo kabo ehjang?ceq mai nak bertanyo kabo ja.sat gi ceq blah dr sini.ha2

Alhamdulillah, baik-baik je. Cuma ada gangguan perasaan sikit hehe. Terima kasih kerana bertanya
Liked by: Aiman Amani

Next

Language: English